Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Dua Legenda Satu Pentas: Radja & Wali Bakal Hibur Peminat di Idea Live Arena Januari Depan

admin by admin
October 10, 2025
in hiburan
0
42
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh:Aliyaa Azmi

Dua kumpulan muzik popular Indonesia, Radja dan Wali, bakal bersatu buat pertama kali di Malaysia menerusi konsert mega “Pentas RadjaWali Live in Malaysia” yang akan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Gabungan dua nama besar ini menjadi simbol persahabatan dan kekuatan muzik serantau, sekaligus mengimbau nostalgia buat peminat setia di Malaysia.

Konsert ini bakal menampilkan persembahan penuh emosi dan kenangan dengan lagu-lagu hits seperti “Jujur”, “Tulus”, “Bulan” dan “Cinderella” daripada Radja, serta “Cari Jodoh”, “Baik-Baik Sayang”, “Yank”, “Doaku Untukmu Sayang” dan “Tomat (Tobat Maksiat)” oleh Wali.

Vokalis Radja, Ian Kasela, menzahirkan keterujaan untuk kembali ke Malaysia.

“Malaysia selalu dekat di hati kami dan kami tidak pernah melupakan peminat di sini. Ia satu impian yang menjadi kenyataan apabila kami diundang untuk beraksi semula di Malaysia. Kami janji akan berikan persembahan terbaik buat semua yang hadir,” katanya.

Kumpulan Wali turut berkongsi rasa teruja menjelang konsert berkenaan.

“Syukur… Malaysia ibarat rumah kedua kami. Kami sentiasa dirindui oleh peminat di sini, begitu juga kami yang merindui sambutan mesra dan juadah enak di Malaysia. Untuk konsert kali ini, kami akan tampil dengan persembahan berbeza daripada sebelumnya,” ujar mereka.

Konsert Pentas RadjaWali Live in Malaysia dianjurkan oleh Impian Al Fateh Sdn. Bhd. dan GIS Entertainment & Events, dengan Infinity Love Creative Ventures (ILCV Events) sebagai penganjur bersama.

Tiket kini mula dijual menerusi Fantopia.io dan turut boleh dibeli dengan mudah melalui ShopeePay, bermula pada harga RM177 hingga RM977 mengikut kategori tempat duduk.

Dengan gabungan dua legenda muzik Nusantara, malam penuh nostalgia ini pastinya menjadi detik yang ditunggu-tunggu oleh peminat kedua-dua kumpulan.

Previous Post

Sean Paul Gegarkan Malaysia Oktober Ini

Next Post

Kristal X dan Azlan & The Typewriter Bersatu Hidupkan Semangat Rock Tempatan Menerusi “Rockolusi Kuasa Dua”

Next Post

Kristal X dan Azlan & The Typewriter Bersatu Hidupkan Semangat Rock Tempatan Menerusi “Rockolusi Kuasa Dua”

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.