Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Sean Paul Gegarkan Malaysia Oktober Ini

admin by admin
October 9, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Peminat muzik reggae dan dancehall bakal menikmati malam penuh energi apabila ikon antarabangsa, Sean Paul, kembali menggegarkan pentas tanah air menerusi konsert “Sean Paul Live in Malaysia” yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur.

Konsert anjuran Epic Elation dengan sokongan Sound Innovations, Spike Productions dan LFG Entertainment itu dijangka menjadi antara acara muzik paling hangat tahun ini menandakan kemunculan semula penyanyi kelahiran Jamaica itu selepas kali terakhir tampil di Malaysia pada 2018.

Penonton bakal disajikan dengan rangkaian lagu-lagu hit yang pernah melonjakkan nama Sean Paul di persada dunia, antaranya Get Busy, Temperature, We Be Burnin’ dan No Lie, selain persembahan eksklusif lagu terbaharunya, Ginger, yang kini mencipta fenomena di pelbagai platform digital.

“Setiap kali berpeluang bertemu peminat di seluruh dunia, ia adalah satu nikmat. Saya tak sabar untuk kembali ke Malaysia. Sokongan dan tenaga daripada peminat Malaysia memang luar biasa,” kata Sean Paul dalam kenyataan rasminya.

“Saya paling bersemangat nak bawakan single baharu Ginger secara langsung, lagu ni ada aura tersendiri dan saya yakin penonton akan menikmatinya,” tambah penyanyi berusia 52 tahun itu.

Tiket konsert akan mula dijual pada 21 Julai 2025 melalui platform fantopia.io, dan dijangka habis dalam masa singkat. Antara kategori tiket yang ditawarkan termasuk Shake That Thing (RM473), No Lie (RM493) dan Superfan (RM363).

Menurut wakil penganjur, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik semata-mata, tetapi sebuah pengalaman budaya yang merapatkan hubungan global antara peminat dan artis antarabangsa.

“Kami amat teruja membawa Sean Paul kembali bertemu peminat Malaysia. Ini bukan sekadar konsert, tetapi satu sambutan muzik dan semangat sejagat. Kami mahu peminat rasai pengalaman hiburan yang luar biasa,” ujar wakil Epic Elation.

Empat stesen radio utama iaitu ERA FM, HITZ FM, MIX FM dan SINAR FM, turut dilantik sebagai rakan rasmi konsert, menambahkan lagi keterujaan menjelang acara tersebut.

Sean Paul, pemenang Anugerah Grammy, merupakan antara nama besar yang mengangkat irama dancehall ke arus perdana global. Beliau pernah berkolaborasi dengan artis ternama seperti Beyoncé, Sia, Dua Lipa dan Major Lazer, menjadikannya antara ikon muzik paling berpengaruh dari Jamaica.

Dengan gaya persembahan yang penuh tenaga dan lagu-lagu berentak tropika yang ikonik, kehadiran Sean Paul ke Kuala Lumpur kali ini dijangka mengimbau nostalgia dan mencetuskan gelombang baharu dalam kalangan peminat muzik antarabangsa di Malaysia.

Previous Post

“Akhirnya Kamu” – Duet Bella Astillah & Daniesh Suffian Raikan Cinta dan Bahagia

Next Post

Dua Legenda Satu Pentas: Radja & Wali Bakal Hibur Peminat di Idea Live Arena Januari Depan

Next Post

Dua Legenda Satu Pentas: Radja & Wali Bakal Hibur Peminat di Idea Live Arena Januari Depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.