Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

“Akhirnya Kamu” – Duet Bella Astillah & Daniesh Suffian Raikan Cinta dan Bahagia

admin by admin
October 9, 2025
in hiburan
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Selepas melalui pelbagai fasa kehidupan dan ujian peribadi, penyanyi serta pelakon berbakat, Bella Astillah muncul dengan semangat baharu menerusi single duet terbarunya berjudul “Akhirnya Kamu” bersama Daniesh Suffian.

Lagu yang dilancarkan di bawah Universal Music Malaysia ini membawa mesej kebahagiaan, ketulusan dan kesabaran dalam menempuhi perjalanan hidup dan percintaan.

Menariknya, karya ini turut mendapat sentuhan dua komposer terkenal, Azlan Abu Hassan dan Omar K, yang menyatukan emosi lembut Bella dan karakter vokal matang Daniesh dalam satu harmoni yang manis.

Menurut Bella, lagu “Akhirnya Kamu” cukup dekat di hatinya dan menjadi simbol kepada fasa baru kehidupannya.

“Lagu ini memberi impak besar dalam hidup saya kerana seolah-olah sebahagian diri saya dizahirkan melalui lagu ini.

Ia juga tanda penghargaan buat peminat yang sering minta saya bawakan lagu yang membahagiakan,” katanya.

Bella turut berkongsi bahawa proses rakaman bersama Daniesh berlangsung dengan lancar dan menyeronokkan.

“Daniesh memahami suara dan cita rasa saya. Kami bekerjasama secara profesional untuk hasil yang terbaik, dan saya sangat puas hati dengan keputusan akhir,” jelasnya.

Tambah Bella lagi, mesej utama “Akhirnya Kamu” menekankan makna kesabaran dan kepercayaan bahawa kebahagiaan akan tiba pada waktunya.

“Hidup tak selamanya sedih. Setiap ujian jadikan kita lebih kuat, dan bila tiba masanya, orang yang betul akan hadir dalam hidup,” katanya lagi dengan senyuman.

Bagi Bella, lagu ini juga menandakan langkah keluar daripada zon selesanya kerana kebiasaannya beliau dikenali dengan lagu bernada emosi dan penuh perasaan.

“Selalunya saya nyanyi lagu fierce, tapi ramai peminat minta lagu yang happy dan sweet. Jadi kali ini, saya nak hadiahkan sesuatu yang lebih ringan dan positif untuk mereka,” ujar Bella.

Sementara itu, Daniesh mendedahkan idea menghasilkan lagu ini datang daripada permintaan peminat yang mahu melihat mereka berduet secara rasmi selepas kejayaan beberapa cover lagu bersama.

“Ramai minta kami keluarkan lagu sendiri, jadi dari situ idea ‘Akhirnya Kamu’ tercetus,” katanya.

Daniesh turut berkongsi bahawa lagu ini ditulis ketika Bella berdepan detik sukar dalam hidupnya.

“Tujuan saya menulis lagu ini adalah untuk beri semangat dan keceriaan kepada Bella agar terus kuat. Saya mahu lagu ini jadi simbol harapan,” jelasnya.

Berkongsi tentang muzik video (MV) lagu berkenaan, Daniesh berkata pengalaman penggambaran tersebut cukup bermakna buat mereka berdua.

“Rakaman MV sangat menyeronokkan. Lokasi cantik, team production profesional dan extras pun sporting. Hasil akhirnya melebihi jangkaan saya,” katanya.

Mengenai jalan cerita MV, ia menampilkan kisah dua individu yang pernah terluka tetapi akhirnya menemukan cinta sejati selepas lama menutup hati.

“Pertemuan mereka kali ini memberi rasa yang berbeza, seolah-olah inilah cinta sebenar yang mereka cari selama ini,” tambah Daniesh.

“Akhirnya Kamu” bukan sekadar lagu cinta, tetapi juga lambang kekuatan dan penghargaan terhadap perjalanan hidup. Ia menggambarkan bahawa setiap luka dan kesabaran akhirnya membawa sinar kebahagiaan.

Single “Akhirnya Kamu” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital, manakala muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia bermula 6 Oktober 2025.

Previous Post

Catat sejarah, konsert ke-5 GenKRU ‘The Finale’ 22 November Ini

Next Post

Sean Paul Gegarkan Malaysia Oktober Ini

Next Post

Sean Paul Gegarkan Malaysia Oktober Ini

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.