Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Rock Keras, Rock Cintan, Balada Hingga Kapak Semua Ada di Cipta 3

admin by admin
September 23, 2025
in hiburan
0
1
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Aliyaa Azmi

Konsert Cipta 3 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 27 September ini dijangka menghidupkan semula aura rock apabila Dato’ M. Nasir hanya akan mempersembahkan lagu-lagu bergenre tersebut sepanjang malam.

Antara karya rock yang dijangka dibawa termasuk Mentera Semerah Padi, Apokalips, Mustika, Tanya Sama Itu Hud Hud serta Saudagar Mimpi.

Setiap satu lagu melambangkan sisi berbeza M. Nasir sebagai pengkarya, daripada lirik puitis yang penuh falsafah hinggalah susunan muzik yang sarat dengan tenaga rock.

Lagu Mentera Semerah Padi sering dianggap sebagai anthem rock tanah air kerana keberanian susunan muziknya yang menggabungkan elemen tradisi dengan rentak moden.

Apokalips pula membawa nuansa gelap dan intensiti tinggi, sesuai dengan identiti rock keras. Manakala Hud Hud memperlihatkan bagaimana mesej spiritual boleh kedengaran segar apabila dibalut dengan irama pop rock yang mudah diikuti.

Menurut penganjur, konsert kali ini istimewa kerana semua lagu tersebut akan dibawakan oleh “tuan punya lagu, tuan punya suara, tuan punya kreativiti dan tuan punya emosi” yang menulis serta melakarkannya sendiri sejak lebih empat dekad lalu.

“Tak khatam kitab rock laaaaa kalau tak datang tonton, dengar dan menjadi sejarah bersama dalam Cipta 3. Malam itu pasti jadi satu lagi malam bersejarah. Nyanyi pasti sing along… suara pasti hilang usai konsert nanti. Tak kiralah rock keras, rock cintan, pop, balada, kapak atau kangkang… janji rock!” kata wakil penganjur.

Tambah mereka lagi, Cipta 3 datang dengan mood rock sepenuhnya dan sudah bersedia untuk “men’rock ’n roll’kan hidup peminat setia M. Nasir”.

Konsert bertemakan “Malam Ni Gua Rock” ini turut menjanjikan pengalaman nostalgia apabila lagu ciptaan M. Nasir yang pernah dipopularkan oleh kumpulan legenda seperti Search, Wings, Lefthanded dan Bloodshed turut diberi ruang.

Tiket boleh diperoleh menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/MNasirCipta3.

Previous Post

ALPHA Hadiahkan Peminat MV Rasmi ‘P Ramlee Saloma’

Next Post

Sheila Majid rai 40 tahun seni muzik dengan koleksi vinyl eksklusif

Next Post

Sheila Majid rai 40 tahun seni muzik dengan koleksi vinyl eksklusif

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.