Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

BCL Anggap Malaysia Rumah Kedua, Hadiahkan Konsert ‘Eternal Love’ Buat Peminat

admin by admin
August 11, 2025
in hiburan
0
3
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh Nadhirah Akmam

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menyifatkan Malaysia sebagai rumah keduanya dan bakal menghadiahkan sebuah konsert istimewa berjudul BCL: Eternal Love – Timeless Romance buat peminat setia negara ini.

Konsert yang dijadual berlangsung pada 27 September depan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) itu bakal membawa penonton menyusuri kisah cinta dan perjalanan seni BCL menerusi lagu-lagu yang dekat di hati peminat Malaysia.

“Malaysia punya tempat istimewa dalam hidup dan kerjaya saya. Ramai yang tahu, cinta saya juga bermula di sini. Jadi saya mahu beri sesuatu yang lebih peribadi dan bermakna buat semua yang selama ini menyokong saya,” ujar BCL ketika ditemui media baru-baru ini.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk Cinta Sejati, Karena Ku Cinta Kau, dan 12 Tahun Terindah, yang bukan sahaja menjadi siulan ramai tetapi turut mencerminkan fasa-fasa penting dalam kehidupan peribadi dan profesionalnya.

Konsert anjuran Pulse Project Asia itu bakal menampilkan suasana lebih intim, membolehkan BCL berinteraksi secara langsung dan lebih dekat dengan peminat.

Turut memeriahkan pentas adalah penyanyi hebat Malaysia, Jaclyn Victor serta pemain biola terkenal, Dennis Lau, menjadikan konsert ini satu malam kolaborasi seni dua negara yang cukup istimewa.

Menurut wakil penganjur, Muhammad Anuar Zaini, penganjuran ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sambutan hangat peminat tempatan yang tidak pernah berhenti menyokong BCL sejak awal kemunculannya.

Tiket konsert kini boleh didapati melalui platform rasmi Ticket2U dengan harga bermula RM259. Peminat diingatkan agar mendapatkan tiket melalui saluran sah bagi mengelakkan penipuan.

Previous Post

Cakra Khan Bakal Gegarkan KL & Singapura Menerusi Divine Concert

Next Post

Selamat Jalan Godfather Heavy Metal- Ozzy Osbourne

Next Post

Selamat Jalan Godfather Heavy Metal- Ozzy Osbourne

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.