Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Penyanyi veteren Indonesia Emilia Contessa meninggal dunia

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 28, 2025
in Berita
0
2
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI veteren Indonesia, Emilia Contessa dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam kira-kira pukul 7 petang akibat menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Berita dukacita itu disahkan oleh pengurusnya, Risna Ories dan Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Emilia atau nama sebenarnya, Nur Indah Citra Sukma Hati, terkenal dengan lagu Angin November dan Biarlah Sendiri.

Baca juga: Penyanyi veteren Jay Jay meninggal dunia

Memetik laporan, detikpop, Allahyarhamah sempat mendapatkan rawatan di Jakarta untuk luka kakinya.

“Sebelum meninggal dunia, Emilia sempat menghubungi anaknya, Denada. Dia kemudian dibawa ke rumah sakit kerana keadaan kesihatan yang kian merosot.

Baca juga: Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru

“Denada sangat terkejut, tiba-tiba jam 6 petang mendapat perkhabaran ibunya sudah meninggal dunia,” jelas Risna.

Untuk info, Emilia memulakan karier muzik dari Surabaya dan pernah digelar Sang Singa Panggung Asia.

Penyanyi yang dilahirkan pada 27 September 1957 itu sempat dinobatkan oleh majalah New York Times sebagai satu daripada lima artis paling popular di dunia.

Emilia turut menceburi bidang lakonan dengan muncul dalam beberapa filem seperti Benyamin Raja Lenong, Memble Tapi Kece, Calon Sarjana, dan banyak lagi. — Arena Muzik

Previous Post

Melly Goeslow janjikan kelainan pada ‘Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite’

Next Post

Karya sarat emosi, Naim Daniel tampil dengan ‘Lelaki Gila’

Next Post

Karya sarat emosi, Naim Daniel tampil dengan 'Lelaki Gila'

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.