Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kolaborasi XO House, High Cultured meriah dengan Konsert Mini XO House Party!

Arena Muzik by Arena Muzik
January 21, 2025
in Berita
1
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Haikal Tajuddin

GABUNGAN lima artis XO House iaitu Naim Daniel, Dalia Farhana, Zubir Khan dan Iman Troye berjaya memukau lebih 1,000 peminat yang hadir ke mini konsert dengan kerjasama pelancaran produk, High Cultured.

Persembahan mereka mencipta suasana luar biasa lebih-lebih lagi apabila setiap artis XO House membuat penampilan dengan salah satu koleksi High Cultured menjadikan pelancaran tersebut satu kolaborasi yang benar-benar tidak boleh dilupakan.

XO House x High Cultured House Party berlangsung dengan penuh tenaga di BentleyMusic Auditorium, Petaling Jaya pada 17 Januari lalu.

Pengasas XO House, Adib Hamdi dan rakan pengasas KC Teo, Dennis Low High Cultured turut meluahkan rasa gembira kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka walaupun melibatkan dua latar belakang yang berbeza.

Selain itu, kelima-lima penyanyi solo XO House berjaya menyampaikan persembahan terbaik sehingga peminat tidak henti-henti menyorak setiap kali nyanyian selesai.

Dalia Farhana ketika ditemui selepas menyanyi berkata sangat gembira malam itu. 

“Sejujurnya, saya sangat gembira apabila dipanggil dan berkumpul bersama artis-artis lain sebagai keluarga. Ini kali pertama kami dapat kongsikan karier kami kepada para peminat.

“Kalau dahulu, talent untuk XO House seorang dua sahaja, tetapi sekarang sudah berlima. Sememangnya mengujakan buat saya dan para penyanyi lain yang hadir,” katanya ketika ditemui Arena Muzik pada Sabtu.

Zubir turut menambah yang dia teruja dengan kolaborasi ini.

“Kalau diberi peluang. Kalau ada rezeki, kami ingin membuat lebih banyak konsert di masa hadapan,” tambah Zubir Khan.

Penyanyi terkenal, Iman Troye juga turut merakam kesyukuran yang tidak terhingga dan bangga dengan persembahan malam itu.

Processed with VSCO with al3pro preset

Sementara itu, Naim Daniel juga berterima kasih kepada peminat yang sangat ‘sporting’.

“Malam yang sangat luar biasa! Terima kasih banyak-banyak kepada semua atas sokongan dan tenaga para peminat yang hadir, menjadikan malam ini istimewa!,” katanya pada penghujung ‘House Party’.

Bukan sahaja persembahan dari barisan artis, penganjur turut melakukan pertunjukan fesyen dengan dipersembahkan oleh kelima-lima artis tersebut. — Arena Muzik

Previous Post

One More Time serlah sisi matang KRU

Next Post

Melly Goeslow janjikan kelainan pada ‘Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite’

Next Post

Melly Goeslow janjikan kelainan pada 'Ada Apa Dengan Melly...? Prom Nite'

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.