Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Karya Nuri Terbang Malam ‘dihidupkan’ semula – M.Nasir

Arena Muzik by Arena Muzik
January 8, 2025
in Berita
1
5
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Haikal Tajuddin

DARI piring hitam ke platform digital, penyanyi tersohor tanah air, Datuk M. Nasir, menghidupkan semula karya klasiknya ‘Nuri Terbang Malam’ yang dicipta pada tahun 1903.

Nuri Terbang Malam menggabungkan elemen muzik tradisional India dan Timur Tengah mencerminkan pelbagai budaya yang wujud di rantau ini pada zaman tersebut.

Dalam usaha memberikan nafas baharu kepada karya ini, M. Nasir memilih untuk merakam semula lagu tersebut serta akan mendendangkannya sendiri.

“Sebagai seorang penggiat seni, saya ingin membawa karya ini ke generasi baharu tanpa melupakan asal usulnya.

“Lagu ini adalah sebahagian daripada sejarah muzik kita dan tugas kita adalah untuk tidak mengabaikannya,” katanya.

Selain itu, projek ini yang dibantu oleh Luncai Emas Sdn Bhd dan World Business Affairs Sdn Bhd (WBA) di bawah inisiatif ‘100 Lagu 100 Tahun’, bertujuan membawa penghargaan kepada sejarah seni muzik tanah air secara tidak langsung memperkenalkan semula karya klasik ini kepada peminat muzik moden.

Bukan itu sahaja, muzik video (MV) ‘Nuri Terbang Malam’, arahan Sha Bromo, telah dirakamkan berkonsepkan teater bangsawan tahun 1950-an dan dibuat dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Lagu itu akan dipersembahkan di semua saluran digital seperti YouTube, Spotify, Apple Music, dan lain-lain bermula 3 Januari 2025,” katanya.

Previous Post

Permintaan tinggi, Konsert GENKRU tambah sehari lagi

Next Post

Amir Hasan pikat hati peminat dengan ‘Pelangi’

Next Post

Amir Hasan pikat hati peminat dengan ‘Pelangi’

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.