Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Konsert Maliq & D’Essentials ditangguh ke tarikh baharu

Arena Muzik by Arena Muzik
December 24, 2024
in Berita
1
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Haikal Tajuddin

TIADA angin, tiada ribut, tiba-tiba pihak penganjur, Kharisma Music, mengumumkan penangguhan Konsert Maliq & D’essentials yang sememangnya menimbulkan kekecewaan dalam kalangan peminat Malaysia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihaknya, konsert yang sepatutnya berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur (KL) pada 29 Disember ini akan ditunda ke tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.

Pihak penganjur berkata, keputusan itu dibuat atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Baca juga: MALIQ & D’Essentials terbang ke Malaysia demi peminat

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul, terutamanya kepada anda yang telah membeli tiket.

“Tiket yang telah dibeli akan tetap untuk tarikh baharu serta pilihan mendapatkan pengembalian wang yang telah dibayar untuk tiket turut disediakan.

Baca juga: Tiket GENKRU ‘Sold Out’?

“Untuk sebarang perkembangan terkini, sila rujuk saluran komunikasi rasmi kami. Kami menghargai sokongan anda yang tidak berbelah bahagi dan sekali lagi memohon maaf atas kesulitan ini,” jelasnya.

Terdahulu, pihak penganjur yang sama telah membuat penangguhan konsert terhadap penyanyi, Aisha Retno.

Sebelum ini juga, pihak penganjur telah menampilkan diri menjawab tuduhan Aisha kononnya penyanyi tersebut tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan atau pembatalan konsert.

Tidak terhenti di situ, penganjur juga turut mendedahkan penyanyi itu telah berhutang sebanyak RM 83,000 bagi menjayakan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL) pada Mac lalu. — Arena Muzik

Tags: konsertMEGA STAR ARENA
Previous Post

Tiket GENKRU ‘Sold Out’?

Next Post

Konsert Sulung Xikers di Malaysia Januari depan!

Next Post

Konsert Sulung Xikers di Malaysia Januari depan!

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.