Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

M.Nasir terima Ijazah Kehormat Konvokesyen UPSI 2024

Arena Muzik by Arena Muzik
November 22, 2024
in Berita
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENGGIAT seni legenda tanah air, Datuk M. Nasir bakal menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persembahan ketika Majlis Istiadat Konvokesyen ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim, Perak.

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Taff, pemilihan M.Nasir sebagai penerima ijazah berkenaan adalah selaras dengan pengalaman seninya selama empat dekad dalam industri muzik bermula pada tahun 1979.

“Mohd Nasir Mohamed (M.Nasir) turut menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak 2021.

“Manakala, syarikat Luncai Emas Sdn Bhd miliknya menjadi rakan strategik UPSI melalui perjanjian persefahaman sejak dari tahun 2016 sehingga sekarang,” jelasnya.

Beliau turut berkata, sumbangan yang diberikan amat besar sekali gus mengangkat martabat seni muzik serta mencapai tahap berprestij tinggi menerusi bidang muzik.

“Seni kata lagu pertama beliau ditulis untuk lagu kumpulan Alleycats bertajuk ‘Senandung Semalam’ pada 1978, manakala lagu pertama ciptaan beliau adalah ‘Hujan’ yang dirakamkan oleh kumpulan Sweet Charity,” katanya.

Sementara itu, Datuk Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias, 65, bakal menerima Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q.

Beliau yang pernah menganggotai kumpulan Lefthanded bermula tahun 1986 pernah terkenal dengan lagunya ‘Pada Syurga Di Wajahmu’ (1922) dan ‘Zahir Tak Terucap (1993)’.

Lebih istimewa lagi, dua penggiat seni ini akan membuat persembahan selingan pada sesi pertama konvokesyen bersama beberapa lagi artis terkenal yang lain.

Previous Post

Gitaris Spider meninggal dunia

Next Post

Jenazah maestro muzik negara, Ahmad Nawab selamat dikebumikan

Next Post

Jenazah maestro muzik negara, Ahmad Nawab selamat dikebumikan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.