Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

OMG Oktoberfest 2024 berjaya pukau lebih 5,000 pengunjung

Arena Muzik by Arena Muzik
November 4, 2024
in Berita
2
19
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh: Haikal Tajuddin

FESTIVAL OMG Oktoberfest 2024 yang berlangsung di Monkeys Canopy Resort berjaya memukau lebih 5,000 pengunjung sepanjang tiga hari berturut-turut diadakan bermula dari 25 hingga 27 Oktober lalu.

Dengan bertemakan ‘All The Fun in Just One Roof!’, ia telah mempersembahkan pelbagai acara yang menarik termasuklah pada sesi pembukaannya iaitu ‘Craving Food Festival’ dan ‘Chill on Hill Festival’.

Pengunjung dapat berhibur dari pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan pelbagai aktiviti dan penjualan makanan yang cukup menarik.

Baca juga: Bunkface kembali dengan ‘MEMBERONTAK’

Lebih menariknya, B-Heart juga turut tidak asing untuk menjadi pembuka yang lebih energetik dan mengujakan bagi menaikkan lagi suasana pengunjung yang hadir.

Setelah itu, kumpulan hip hop, K.O.I pula mengambil alih pentas dengan persembahan hits popular mereka termasuklah ‘Tiwikarma’, ‘Konohaha’ dan ‘Niskala Suaka’.

53 Universe juga tidak ketinggalan untuk turut memukau penonton dengan lagu-lagu terhebat mereka seperti ‘PP at Bukit Tabur’ dan ‘Aku, Kau & Bintang’.

Baca juga: Ella terajui konsert “A Night To Remember” bagi meriahkan Road To Visit Johor 2026

Suasana semakin hangat dengan persembahan Benzooloo dengan beberapa buah lagu yang mendapat sambutan peminatnya dan bintang terkenal, MK, membantu dalam memeriahkan suasana dengan dendangan lagu popular ‘Haa Tepok’ dan ‘Mimpi’, di samping legenda, Aman Ra pula membawakan lagu yang cukup bertenaga seperti ‘Budak Flat’ dan ‘Bangun’.

Manakala, DJ Fuzz menjadikan alunan muzik rancak sebagai penutup kepada festival tersebut.

“Sewaktu di acara penutupan, festival ini telah mencatatkan kehadiran yang sangat memberangsangkan sehingga mencecah seramai 800 pengunjung.

“Dengan kerjasama diantara penganjur OMG Music Festival dan Idea Music Kuala Lumpur (KL) serta sokongan dari rakan strategik MLB serta Monkeys Canopy Resort, yang sememangnya dapat membuktikan standard acara hiburan yang dinanti-nantikan,” jelasnya dalam satu kenyataan. — Arena Muzik

Previous Post

Ella terajui konsert “A Night To Remember” bagi meriahkan Road To Visit Johor 2026

Next Post

Peminat jadi saksi pertama, terajui perjalanan Govinda

Next Post

Peminat jadi saksi pertama, terajui perjalanan Govinda

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.