Oleh: Haikal Tajuddin
JULUNG kalinya, dua penyanyi tersohor Indonesia, Afgan dan Lyodra bersatu di atasd satu pentas dan berjaya menjentik emosi peminat muzik negara ini dengan konsert ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR pada Sabtu lalu.
Konsert berkenaan yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur dibanjiri hampir 5,000 peminat yang menyaksikan perasaan teruja dan tidak putus-putus melaungkan nama kedua-dua bintang tersebut sepanjang konsert berlangsung.
Konsert ADA telah memberi peluang kepada penyanyi baru yang berbakat, Ash Fasryll untuk mendendangkan lagu ‘Nyaman’ yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Andmesh Kamaleng.
Baca juga: Govinda nafi Ernie Zakri ‘tumpang’ populariti
“Saya amat berterima kasih di atas penghargaan yang diberikan oleh pihak Kharisma Music (KM) kerana memilih saya sebagai ‘opening act’, selain peluang menunjukkan bakat saya buat semua,” kata Ash yang kini berjaya memperoleh lebih 1 juta jumlah penstriman di Spotify.
Kemudian, para peminat mula bersorak membuatkan suasana lebih hangat setelah melihat kemunculan dua penyanyi yang di tunggu-tunggu tampil di atas pentas untuk memulakan persembahan mereka.
Afgan mula mendendangkan lagu-lagu hits seperti ‘Jodoh Pasti Bertemu’, ‘Bawalah Cintaku’, dan ‘Kamu Yang Ku Tunggu’, manakala Lyodra memukau penonton dengan lagu-lagu seperti ‘Sang Dewi’, ‘Tak Dianggap’, ‘Menyesal’, lagu wajib ‘Ada’ dan banyak lagi.
Yang menjadi penantian hangat oleh para peminat apabila Afgan menyanyikan lagu ‘Terima Kasih Cinta’ sehingga membuat para peminat disana menjadi tidak keruan dan turut menyanyi bersamanya.
Dalam pada itu, para peminat juga diberi peluang membuat permintaan lagu yang ingin dibawa oleh Afgan sendiri.
Baca juga: Ismail Izzani tampil ‘Iman’ dengan lirik tersirat
“Pengalaman malam ini sungguh luar biasa, saya berasa teruja dapat berkongsi pentas dengan Lyodra dan berinteraksi secara lebih intim dengan peminat saya di Kuala Lumpur,” kata Afgan.
Lyodra yang mengakui ini sebagai konsert pertamanya di Malaysia turut berasa sangat gembira apabila dapat menyampai lagu galau (layan perasaan) kepada peminat.
“Saya dengar, orang Malaysia sangat suka dengan lagu galau-galau. Jadi, lagu yang saya sampaikan ini khas kepada mereka yang mungkin sedang dilamun cinta dan juga kepada mereka yang sedang fasa melupakan orang yang istimewa,” ujar Lyodra.
Lyodra turut berkata, mereka berdua juga akan turut mengeluarkan lagu terbaru sebagai rakan kolaborasi dan mengharapkan akan terus kekal menyanyi bersama di dalam industri seni.
“Kolaborasi kami tidak akan terhenti disini, malah kami bakal mengeluarkan lagu terbaru pada Oktober nanti dan saya yakin peminat mesti akan suka dengan lagu ini,” jelas Lyodra. — Arena Muzik