Oleh: Haikal Tajuddin
AVANTGARDEY yang dikenali sebagai kumpulan yang berseragam sekolah misteri dan berambut pendek, memilih Malaysia sebagai negara pertama untuk mengadakan persembahan debut pada 22 Disember ini.
Kumpulan tarian dari negara Jepun ini dianjurkan oleh Supreme Media (HK) bersama dengan Westec media iaitu selaku penganjur bersama sehingga dinobatkan sebagai bintang baharu.
Dikatakan, Avantgardey ini akan melakukan persembahan selama 80 minit di ZEPP Kuala Lumpur dengan mempersembahkan pelbagai tarian khas kepada peminat di Malaysia.
“Kumpulan Avantgardey akan mengujakan penonton dengan kreativiti dan ekspresi yang luar biasa buat kali ini disamping terdapat juga gabungan visual yang menakjubkan.
“Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan kerana dapat menyaksikan bakat kami secara langsung,” jelas Avantgardey dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, pengunjung yang hadir akan ditawarkan pakej Meet & Greet yang berharga RM880, termasuk CAT 1 di lima baris pertama, akses ke Sesi Hi-Wave, Polaroid bertandatangan dan Gambar Kumpulan 1:1 bersama ahli kumpulan Avantgardey.
“Sila dapatkan pakej ini bermula pada 17 September hingga 19 September 2024 menerusi Ticketmelon di Ticketmelon – Avantgardey Asia Tour Malaysia dan berpeluang memenangi faedah khas kepada peminat,” katanya.
Untuk info, Avantgardey merupakan kumpulan tarian wanita yang popular dari negara Jepun yang terdiri daripada 17 penari yang mahir dan ekspresif sehingga menggemparkan dunia.
Mereka juga terpilih untuk melakukan persembahan di rancangan realiti, America’s Got Talent sehingga mendapat perhatian ramai dari pelusuk dunia sehingga diiktiraf sebagai bintang baru pada tahun 2023. — Arena Muzik