PENANTIAN peminat kumpulan N.Flying yang dikenali sebagai, N.Fia di Malaysia menjadi kenyataan apabila idola kesayangan mereka bakal beraksi buat kali pertama di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember depan.
Kumpulan yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti ‘Rooftop’ dan ‘Good Bam’ itu akan mengadakan konsert sulung mereka yang diberi nama N.Flying LIVE ‘HIDE-OUT’.
Konsert yang dibawa oleh More Entertainment dengan kerjasama 163, konsert ini sudah pasti menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat Korean pop (K-pop) tempatan.
Baca juga: Search Symphonic: Unik, imbau nostalgia peminat rock
Dengan tema ‘HIDE-OUT’, konsert ini dijangka memberikan pengalaman yang unik dan istimewa kepada peminat.
Walaupun salah seorang ahli, Kim Jae Hyun, tidak dapat hadir kerana menjalani perkhidmatan tentera, keempat-empat ahli lain iaitu Lee Seung Hyub, Yoo Hwe Seung, Cha Hun dan Seo Dong Sung akan tampil membuat persembahan memukau di atas pentas dengan penuh bersemangat.
“Kami akan memberikan persembahan terbaik walaupun tanpa Jae Hyun. Peminat pasti tidak akan kecewa!” kata ketua kumpulan N.Flying, Lee Seung Hyub.
Baca juga: Debut pertama, Avantgardey pilih Malaysia
Selain kehebatan dalam muzik, Seung Hyub juga dikenali kerana bakat lakonannya yang pernah menyerlah dalam drama popular seperti Nevertheless dan Shooting Stars.
Terbaharu, beliau membintangi drama hit Netflix, Love Next Door, yang memperlihatkan sisi komedi beliau yang mendapat pujian ramai.
Tidak hairanlah jika konsert ini akan menarik perhatian ramai peminat drama untuk turut hadir menyaksikan aksi bertenaga N.Flying.
Tiket akan mula dijual pada 27 September 2024 menerusi laman web my.bookmyshow.com, dengan harga bermula dari RM368 (CAT 3), RM468 (CAT 2), RM558 (CAT 1), RM688 (VIP), RM799 (Zon Premium) dan RM6,288 (KOTAK VIP – 8 Tempat Duduk).
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kumpulan N.Flying secara langsung dan merasai kehangatan muzik mereka yang pasti akan menggegarkan Kuala Lumpur! — Arena Muzik