Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

MALIQ & D’Essentials terbang ke Malaysia demi peminat

Arena Muzik by Arena Muzik
September 18, 2024
in Berita
2
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SYARIKAT penganjur konsert terkemuka tanah air, Kharisma Music, bakal mempersembahkan konsert terbaru daripada band jazz terkemuka Indonesia, MALIQ & D’Essentials dengan gelaran ‘Can Machines Fall In Love? ALBUM TOUR’, 29 Disember nanti.

Ketua pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, berkata, konsert itu bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi bagi mempromosikan album terbaru mereka yang berjudul, ‘Can Machines Fall In Love?’ (CMFIL?).

“Sejak band ini ditubuhkan pada 15 Mei 2002, pertama kalinya band ini mengadakan konsert secara besar-besaran di dua buah negara iaitu Indonesia dan Malaysia bagi mempromosikan album terbaru CMFIL?.

Baca juga: Rock Warrior Music Festival janji persembahan memukau

“Ini merupakan album ke-9 setelah 22 tahun berada dalam industri muzik yang kini dianggotai oleh Angga Puradiredja, Indah Wisnuwardhana, Widi Puradiredja, Jawa, Lale dan Ilman Ibrahim,” jelasnya.

Katanya, siri jelajah yang dilakukan ini juga merupakan pertama kali dilakukan setelah 20 tahun berkarya sejak ditubuhkan dan menjangkakan persembahan itu selama 2 jam.

“Dalam tempoh persembahan, sebanyak lebih lagu didendangkan, termasuklah gubahan muzik istimewa yang dilengkapi dengan kemasan audio visual serta penataan cahaya menarik khas kepada penonton.

“Yang pasti, konsepnya berlainan daripada apa yang pernah kami tampilkan sebelum ini,” jelasnya.

Baca juga: Nabila Razali luah dalam ‘Tangis’

Dalam pada itu, pemain dram MALIQ & D’Essentials, Widi, berkata, lagu daripada album-album sebelumnya juga akan turut didendangkan kepada peminat Malaysia.

“Hal ini dilakukan agar konsert dapat berjalan dengan lancar kerana belum tentu semua penonton tahu dan hafal lagu baharu MALIQ & D’Essentials,” ujarnya.

Beliau berharap, semua penonton yang hadir bakal terhibur dengan persembahan dari MALIQ & D’Essentials kerana kemunculan mereka amat dinanti-nantikan.

Pembelian tiket telah dibuka pada 3 September lalu menerusi laman web, https://www.ticket2u.com.my/event/37933/maliq-d-essentials-can-machines-fall-in-love-album-tour-live-in-kl dan setiap penonton diwajibkan hadir bagi memeriahkan lagi konsert ini. — Arena Muzik

Previous Post

Rock Warrior Music Festival janji persembahan memukau

Next Post

Malaysia Kita Roadshow: Serikan Perpaduan, Kemajmukan

Next Post

Malaysia Kita Roadshow: Serikan Perpaduan, Kemajmukan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.