PENYANYI dan pelakon, ALVN merealisasikan impian peribadinya dengan melancarkan album studio pertamanya yang berjudul, between the lines pada 16 Ogos lalu.
Impian ALVN atau nama sebenarnya Alvin Chong Chean Wah bermula apabila sebuah lagu yang berjudul Rescue Me diluncurkan.
Katanya, lagu tersebut digubah oleh Hyuk Shin dan Seann Bowe bersama lirik nukilan Bowe dan ALVN sendiri.
“Lagu ini berkisarkan tentangkesedaran bahawa cinta bukan untuk anda terutamanya ketika melihat orang terdekat anda jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak.
Baca juga: Terlalu Cinta versi baru janji kelainan
“Jadi, selepas beberapa pertemuan, saya mula mempersoalkan diri sendiri dan bertanya mengapa ia begitu sukar bagi kita tetapi begitu mudah bagi orang lain untuk mencari cinta. Itulah cerita dan inspirasi di sebalik lagu ini,” kata ALVN mengenai lagu tersebut.
Setiap lirik yang terkandung di dalam lagu tersebut menggambarkan situasi-situasi berkenaan terutamanya di bahagian pra-korus dan korus.
“People just float by nobody stays, why is it always this way. Yang bermaksud, orang hanya berlalu pergi, tiada siapa yang kekal, mengapa ia selalu begini?
Baca juga: M.N45IR CIPTA 2: Tiket sudah mula dijual
“I’ve been trapped in this place too long, It’s like heaven build a prison for me, yang bermakna anda rasa seperti terperangkap di satu tempat terlalu lama. Syurga sebenarnya membina penjara untuk anda,” bait lirik lagu Rescue Me.
Pelakon yang berumur 33 tahun itu berpendapat bahawa ramai orang diluar sana boleh mengaitkan diri serta memahami maksud lagu ini.
“Saya tahu ramai orang di sekitar saya yang masih bujang dan masih berjuang untuk mencari pasangan mereka, jadi saya yakin ramai orang boleh merasakan perkara yang sama seperti saya.
“Oleh itu, jika mereka boleh merasai maksud cerita ini, harapnya mereka akan menyukai lagu ini,” jelas ALVN lagi.
Untuk info, between the lines telah dilancarkan di semua platform media digital sejak 16 Ogos lalu. — Arena Muzik