Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

M.N45IR CIPTA 2: Tiket sudah mula dijual

Kamilia Ali by Kamilia Ali
August 27, 2024
in Berita
1
21
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“..Mari ikut rentakku. Rentak tari dulu-dulu. Lagu Marhaen sederhana. Di sini tiada duka. Terima saja dengan redha. Perananmu dalam dunia..” petikan lirik dari lagu Sahabat Gua oleh M.Nasir.

Penantian yang begitu mendebarkan apabila tiket konsert M.N45IR CPTA 2 akan dijual pada hari ini tepat pukul 2 petang di www.ticket2u.com.my/MNasirCipta2.

Para peminat yang menunggu hari istimewa yang bertarikh 12 Oktober 2024 bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selangor menjadi kenyataan kerana Sang Sifu menyempurnakan permintaan peminatnya dengan sekali lagi mengadakan konsert CIPTA 2.

Baca juga: Konsert M Nasir 45 Tahun dianjurkan sekali lagi?

Walaubagaimanapun, tiket yang dibuka kali ini hanya terhad kepada 6,000 peminat sahaja dan lebih menariknya terdapat beberapa perubahan dalam konsert itu daripada versi yang pertama.

Untuk pembelian tiket, boleh melayari www.ticket2u.com.my/MNasirCipta2 daN harga tiket bermula RM238 (Fantasia Bulan Madu), RM338 (Mentari Merah Di Ufuk Timur), RM458 (Layang-Layang Terputus Talinya), RM488 (Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara), RM528 (Laila Namamu Teratas) dan RM588 (Keroncong Untuk Ana).

Difahamkan, kesemua tiket yang dijual berada dalam keadaan duduk kerana anda bakal menyaksikan seorang pencipta lebih 3,000 karya membuat persembahan yang tidak akan dapat dilupakan serta memenuhi jiwa anda.

Baca juga: One Love Music 2.0: Hiburan lebih 12 jam dalam sehari

Jangan lupa dapatkan tiket anda dan jumpa di Axiata Arena!

Sebelum ini, Datuk M.Nasir telah membuat pengumuman tentang konsert akan dianjurkan sekali lagi pada 20 Ogos 2024 di Shook! JW Marriott Hotel, Kuala Lumpur.

Pada 10 Ogos lalu, M.Nasir membuktikan kehebatannya dengan memukau lebih 8,000 peminat yang memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil.

Beraksi lebih 3 jam dan mendendang lebih 20 buah lagu, rata-rata peminat muzik menganggap konsert CIPTA DATO M.N45IR itu sebagai ‘concert of the year’. — Arena Muzik

Tags: CIPTAm.nasir
Previous Post

Amir Jahari muncul dengan album ‘Kembali’

Next Post

Terlalu Cinta versi baru janji kelainan

Next Post

Terlalu Cinta versi baru janji kelainan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.