Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

One Love Music 2.0: Hiburan lebih 12 jam dalam sehari

Kamilia Ali by Kamilia Ali
August 26, 2024
in Berita
1
22
SHARES
127
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENGANJUR festival One Love Music, Tuff KL sekali lagi bakal mengadakan festival yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti konsert yang terdiri daripada 18 artis istimewa yang akan membuat persembahan, festival makanan serta baju T-Shirt dan semuanya bakal menghiburkan anda di One Love Music 2.0.

One Love Music 2.0 akan berlangsung pada 21 Disember 2024 bersamaan dengan hari Sabtu bertempat di Maeps Serdang, Selangor.

Lebih menariknya, artis daripada Malaysia dan Indonesia turut hadir bagi memeriahkan lagi acara hiburan tersebut.

Dalam pada itu, secara rasminya pembelian tiket terawal dibuka bermula pada 22 Ogos hingga 5 September 2024 dan tiket adalah terhad dengan harga serendah RM55 sahaja.

Baca juga: M.Nasir gegar Axiata Arena sekali lagi

Bukan itu sahaja, anda boleh jimat lebih RM100 daripada tiket asal kerana anda bakal disajikan dengan keseronokan lebih 12 jam daripada artis istimewa yang hadir pada festival tersebut.

Istimewanya, 13 universiti terpilih boleh mendapatkan kod promo sehingga RM50 dengan cara ‘follow’ media sosial @olmfest_ sama ada di aplikasi Instagram atau TikTok dan tekan butang notifikasi untuk mendapatkan kod promo yang dikongsikan pada bila-bila masa sahaja.

Seterusnya, pembelian tiket biasa akan dibuka pada 5 September hingga 21 Disember 2024 iaitu GENERAL (RM150), ROCKZONE (RM169) dan MEET & GREET (RM450).

Baca juga: Green Day bakal gegar Kuala Lumpur Februari 2025!

Jangan lepaskan peluang anda dan layari laman sesawang www.ticketmelon.com untuk mendapatkan tiket ke One love Music 2.0.

Berikut adalah empat cara untuk membeli tiket One Love Music 2.0 Festival:

1. Ikuti media sosial olmfest_ di Instagram atau TikTok dan tekan butang notifikasi untuk mengetahui tentang berita terkini berkenaan konsert
2. Boleh buat imbasan kod menerusi akaun olmfest_ atau terus layari www.ticketmelon.com untuk membeli tiket
3. Pilih tiket, seorang boleh membeli hingga empat tiket sahaja, manakala, bagi pelajar yang menggunakan kod promo hanya boleh tuntut untuk satu tiket sahaja
4. Akhir sekali, anda akan mendapat emel jemputan rasmi daripada pihak penganjur sebagai bukti pembelian tiket

— Arena Muzik

Previous Post

Green Day bakal gegar Kuala Lumpur Februari 2025!

Next Post

Amir Jahari muncul dengan album ‘Kembali’

Next Post

Amir Jahari muncul dengan album 'Kembali'

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.