PERNAH melalui fasa putus cinta, penyanyi Ara Johari meluahkan kesakitan yang dirasai itu menerusi single baharunya berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) yang baru sahaja diluncurkan pada 31 Julai 2024.
Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Binti Johari, 27, berkata, single berentak balada itu mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pasti menyentuh jiwa sesiapa yang pernah melalui pengalaman sama.
“Saya jatuh cinta ketika pertama kali dengar demo lagu ini. Kebetulan ketika itu memang sedang patah hati, bila dengar lagu ini rasa sakitnya menusuk ke hati.
Baca juga: Poligami jadi ‘kontroversi’, hasil gabungan 4 penyanyi
“Saya yakin sesiapa yang mendengar juga tersentuh terutama yang pernah ada pengalaman putus cinta dan bekas kekasih sudah berkahwin dengan orang lain,” ujarnya dengan tekun.
Lagu tersebut merupakan ciptaaan komposer Indonesia, Ilham Baso yang sebelum ini pernah menyumbangkan karya-karyanha kepada penyanyi terkenal negara jiran itu antaranya Bukan Dia Tapi Aku yang dinyanyikan oleh Judika.
Lebih istimewa, gubahan muzik lagu itu mendapat sentuhan daripada penggubah muzik terkenal Indonesia Adrian Rahmat Purwanto.
Baca juga: Ku Percaya taruhan baharu Kat Roshan
Manakala, proses rakaman dilakukan di Bro’s Studio di Jakarta dibawah bimbingan vokal stail Bowo Soulmate.
“Saya bertuah dapat bekerja dengan pemuzik-pemuzik handal Indonesia. Ianya merupakan satu pengalaman baru dalam karier seni saya. Mereka banyak bekerja dengan nama besar seperti Mahalini, Lyodra dan Keisya Levronka.
“Alhamdulillah urusan rakaman berjalan lancar seperti yang dirancang. Bekerja dengan mereka juga mudah dan pantas” ujarnya.
Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL) edaran Universal Music Malaysia ini sudah boleh didengari di semua platform streaming bermula Rabu 31 Julai 2024. — Arena Muzik