Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Gabungan Spider, Ella dan Masdo bakal gegar Penang pada 30 Ogos depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
July 18, 2024
in Wawancara
1
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN ambang merdeka tidak lengkap tanpa keraian kemerdekaan meski ia berbentuk hiburan.

The Dons Group selaku penganjur bakal membawakan konsert yang menggabungkan tiga pemuzik negara yang buat julung kalinya dianjurkan di Pulau Pinang.

Konsert Mahardika bakal menyatukan jiwa pendengar muzik dengan persembahan daripada kumpulan lagenda Spider, ratu rock negara, Ella dan kugiran dambaan generasi masa kini iaitu Masdo.

Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don dari The Dons Group memberi penjelasan berkenaan maksud disebalik perkataan Mahardika ketika ditemui pada majlis pelancaran Konsert Mahardika yang bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.

Baca juga: Kim Sung Kyu bakal ‘tawan’ Zepp KL selama 2 hari pada Ogos depan

“Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’ dan digabungkan menjadi akronim Mahardika di samping, sengaja memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024 yang menuju ke pada hari kemerdekaan yang jatuh pada 31 Ogos.

“Kami di pihak penganjur melihat Spider, Ella dan Masdo sangat sesuai dengan tema konsert tersebut kerana seperti semua sedia maklum ketiga-tiga pemuzik ini mempunyai perjuangan dan berjaya melakar sejarah tersendiri sama ada dalam atau luar negara,” jelasnya dengan tenang.

Baca juga: Gandingan Afgan, Lyodra bakal gegar Megastar Arena pada 28 September depan

Sementara itu, Mahardika akan menjadi momen terbaik buat Spider bertemu peminat mereka setelah hampir tiga dekad tidak mengadakan persembahan di Pulau Pinang.

Istimewanya lagi, Kugiran Masdo dan ratu rock negara juga mengharapkan agar kesemua peminat tidak melepaskan peluang untuk hadir dan menyaksikan konsert berskala besar gandingan tiga pemuzik popular tersebut.

Untuk pembelian tiket, harga tiket yang disediakan bermula daripada RM98 (STANDING), RM118 (SILVER ZONE), RM128 (ROCK ZONE), RM148 (PLATINUM), RM198 (GOLD), RM350 (VIP) menerusi www.ticket2U.com. — Arena Muzik

Previous Post

Belum Mulai serlah kerjasama baik Nabila Taqiyyah, Insomniacks

Next Post

Ku Percaya taruhan baharu Kat Roshan

Next Post

Ku Percaya taruhan baharu Kat Roshan

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.