SEBUAH konsert secara besar-besaran akan diadakan di Malaysia sebagai satu penghormatan buat bekas vokalis utama kumpulan Linkin Park iaitu Chester Beninggton berjudul Celebrating Chester – Linkin Park Tribute Experience Tour Live In Malaysia yang bakal berlangsung pada 28 September 2024 di Jio Space, Petaling Jaya.
Namun, konsert tersebut bakal menampilkan kumpulan Nemophilis, iaitu sebuah band terkenal dengan persembahan mereka yang hampir sama dengan Linkin Park.
Pihak penganjur, Mediaberg Productions membawakan konsert tersebut untuk memberi ruang dan peluang kepada semua peminat Linkin Park untuk berkumpul dan menikmati karya hebat yang menjadi siulan ramai sehingga kini.
Persembahan tersebut akan menampilkan 40 lagu Linkin Park yang paling hebat bakal dipersembahkan tanpa henti.
Baca juga: Rockstar solo terbaharu Lisa Manobal, bakal diluncurkan pada 27 Jun ini
Baca juga: Nuha Bahrin terima lamaran EMI Music Malaysia
Walaubagaimanapun, pihak penganjur telah menerima banyak kecaman kerana mereka membawakan nama Linkin Park namun, bukan kumpulan itu yang akan membuat persembahan pada hari kejadian.
Rata-rata warganet berang kerana dianggap seperti memberikan harapan palsu malah, ada yang memberikan pendapat serta meminta untuk membawa kumpulan yang lebih hampir dan sama seperti Linkin Park iaitu Hybrid Theory.
“Bukan band itu yang sama, Hybrid Theory adalah yang paling hampir sama dengan Linkin Park,” kata Max Toh Greyson.
“Kami mahukan Linkin Park yang sebenar, ini bukan original. Lagipun kumpulan ini amat berbeza sekali melodi dan tidak sama langsung,” kata Fatah Ahmad.
“Laa ingatkan idola hidup balik, rupanya band lain,” kata Noor Saiful Sazli.
“Takpalah, kalau tak Chester dah tak sama. Memang betul LP (Linkin Park) ke? Ke orang lain yang perform?” kata Adri Harridhi.
“Tolonglah jemput Hybrid Theory, lebih baik daripada yang ini,” kata Josh Yoji.— Arena Muzik