Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Bagai rumah kedua, Cokelat bakal gegar Zepp KL pada September depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
June 6, 2024
in Berita
2
4
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BAND Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat.

Ahli anggotanya terdiri daripada Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk ‘berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022.

Menerusi sosial media, mereka muat naik hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin. Malah, berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band tersebut.

Baca juga: Ada Apa dengan Melly & Friends: Seramai 10,000 peminat lulus graduasi

Terbaharu, Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

“Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu peminat-peminat setia. Terima kasih kami ucapkan kepada semua peminat di Malaysia. Kami juga sangat rindukan Malaysia yang sudah kami anggapkan seperti rumah kedua Cokelat,” ujar Kikan vokalis utama Cokelat.

Sementara itu, Pengarah Tanjak Global Services selaku penganjur konsert Rosden Rahmat berkata, persembahan itu adalah kejutan dan hadiah buat peminat Cokelat.

Baca juga: Joanne Duke tinggalkan pesan dalam Tek Tik Kotor

“Ahli kumpulan Cokelat secara peribadi juga sangat rapat dengan Malaysia dan teruja untuk bekerjasama lagi bersama kami di masa akan datang.

“Berita baik buat peminat Cokelat juga sama, kedua pihak sudah berbincang untuk berkolaborasi dalam beberapa perancangan dan program yang sudah disusun,” katanya.

Antara lagu-lagu popular Cokelat adalah Karma, Segitiga, Luka Lama, Ku Pilih Dia, Pergi, Jauh dan banyak lagi.

Tiket kategori Karma RM189 (Rockzone Standing), Segitiga RM159 (Premium Standing), Luka Lama RM139 (Free Standing), Jauh RM285 (Premium Seating), Pergi RM235 (Standart Seating) dan VIP RM380 (PER PAX) (8 PAX PER ROOM) boleh didapati menerusi https://tanjak_cokelat.ubertickets.asia. — Arena Muzik

Previous Post

Joanne Duke tinggalkan pesan dalam Tek Tik Kotor

Next Post

Vanessa Reynauld curahkan rasa rindu menerusi Erti Rindu

Next Post

Vanessa Reynauld curahkan rasa rindu menerusi Erti Rindu

Please login to join discussion
Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.