KARYANYA yang berjudul Langit Yang Sama pernah menarik pendengar ke dalam rasa sedihnya, kini, Dalia Farhana muncul dengan “CURANG”.
Lagu tersebut telah diluncurkan pada 10 Mei 2024 dengan kerjasama syarikat rakaman muzik iaitu XO House.
“CURANG” dicipta sendiri oleh Dalia Farhana atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar, 26, serta mendapat kerjasama Amir Firdaus dan Adib Hamdi dalam menghasilkan lagu berkenaan.
Jalan cerita kepada lagu itu mengisahkan tentang satu hubungan sepasang kekasih, telkah dicurangi oleh pasangannya. Menerusi lirik yang begitu jelas, bagaimana pasangannya itu berlaku curang dan membelakangi kekasihnya.
Baca juga: ALYPH hasilkan buah tangan baharu berjudul Dari Jauh
“Kekasihnya itu memberikan kata-kata manis sahaja tanpa ada perbuatan untuk membuktikan kata- kata tersebut. Walaupun dia telah memberikan segalanya termasuk wang, waktu dan cinta akan tetapi pasangannya tetap berlaku curang dibelakangnya.
“Namun, dia tekad untuk meninggalkan kekasihnya itu kerana dia tahu bahawa tiada gunanya untuk tetap bersama kerana tugas untuk berlaku setia pun tidak mampu dilakukan oleh kekasihnya itu,” jelasnya berkenaan ceriat disebalik lagu CURANG.
Lagu CURANG boleh mula didengarkan di pelbagai platform digital seperti Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube XO House untuk menonton video muzik lagu berkenaan.
Sebelum ini, Dalia pernah dikaitkan dengan pempengaruh Ubai Zulkefli yang kini bergelar suami kepada penyanyi Shila Amzah pada 5 Ogos lalu.
Baca juga: M.Nasir bakal gegar Axiata Arena pada Ogos depan
Media melaporkan bahawa dia masih belum ‘move on’, namun, dia tidak mampu untuk terus menutup mulut orang yang sering mengeluarkan kata-kata begitu.
Menurutnya, dia tidak menolak kemungkinan netizen yang sering mengaitkan dirinya dengan Ubai adalah golongan yang sebenarnya belum ‘move on’ dengan kisah lama mereka.
“Setengah orang bagi saya ada yang dah ‘move on’. Namun ada juga yang masih belum. Mungkin golongan yang tak ‘move on’ ini sebenarnya suka drama.
“Tak mengapalah, saya tahu untuk ‘move on’ itu memang memerlukan masa. Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan, saya dengan Ubai tak ada masalah,” katanya. — Arena Muzik