Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

ALYPH hasilkan buah tangan baharu berjudul Dari Jauh

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 14, 2024
in Berita
0
6
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan bintang rap kelahiran Singapura iaitu ALYPH, yang pernah tular dengan lagunya, “Swipe” baru sahaja meluncurkan lagu terbaharunya berjudul ‘Dari Jauh’ pada Selasa.

Melalui karya “Dari Jauh”, ALYPH meneroka rona-rona irama R&B yang lebih perlahan, semestinya jauh beza dengan apa yang pernah beliau paparkan dalam karya-karya terdahulunya yang sarat dengan nuansa hip-hop.

ALYPH atau nama sebenar Alif Abdullah, menjelaskan bahawa “Dari Jauh” merupakan sebuah lagu putus cinta yang menyakitkan, mengisahkan seseorang yang tidak pernah memberikan waktu dan perhatian terhadap hubungannya dengan kekasih sendiri. Sehinggalah kekasihnya mendapat peluang yang besar dan terpaksa melangkah pergi darinya, barulah dia sedar tentang kesilapannya.

Enggan menunjukkan rasa sedih, dia memilih untuk menyembunyikan perasaannya dan menunjukkan betapa bangga dan gembiranya dia dengan kejayaan kekasihnya itu, sambil memberitahu bahawa yang dia sentiasa akan menyokongnya walaupun mereka sudah putuskan hubungan cinta.

Baca juga: Lebih 2,000 peminat memeriahkan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana di Zepp KL

“Jadi, ilham untuk lagu ini datang dari kita yang tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sehinggalah sesuatu berubah,” kata ALYPH tentang kisah di balik lagu “Dari Jauh”.

Semasa proses menyiapkan lagu “Dari Jauh”, ALYPH juga mendedahkan bahawa pada mulanya dia ingin menghasilkan sebuah lagu yang dia tidak mungkin mampu hasilkan secara biasa, jadi dia meminta Kenny Gabriel selaku penerbit untuk membuat beberapa penambahbaikan pada kord lagu dengan penuh jiwa.

Selain dari bentuk audio, ALYPH juga telah melancarkan lagu “Dari Jauh” dalam bentuk video muzik yang menarik dan unik. Ia diterbitkan oleh Nocturnal Projects dan diarah oleh Bobby Adrian Vitra serta Jessy Sylviani. ALYPH mengambil keputusan untuk membuat sesuatu yang lebih ringan, menampilkan dua orang yang jatuh cinta namun kalah dengan ketua saingan mereka. Dengan latar belakang sebuah kedai baju, video muziknya kelihatan ringan namun penuh makna.

Baca juga: Isu royalti Rockology: Din akan beri penjelasan

Lebih menariknya, penerbitannya dilakukan di Indonesia dengan pembabitan ALYPH sebagai salah seorang pelakon.

“Ia memerlukan waktu selama satu hari untuk penggambaran dan saya juga terpaksa berlakon sama. Ia menarik dan menyeronokkan, berbeza dengan proses pembuatan lagu yang sering saya lakukan,” katanya lagi.

ALYPH turut menyatakan bahawa mencipta lagu di Jakarta dengan para pemuzik berbakat merupakan salah satu impiannya. Lagu “Dari Jauh” sendiri adalah cerminan tentang muzik terhadap dirinya.

Menerusi lagu terbaharu pelantun lagu Buat Selamanya itu, diharap lebih ramai akan mendengar ALYPH serta merasai maksudnya di samping memahami rasa cinta yang terkandung sehingga mungkin tular sekali lagi. — Arena Muzik

Previous Post

Lebih 2,000 peminat memeriahkan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana di Zepp KL

Next Post

Dalia Farhana luah rasa kesal menerusi Curang

Next Post

Dalia Farhana luah rasa kesal menerusi Curang

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.