Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Lebih 2,000 peminat memeriahkan Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana di Zepp KL

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 13, 2024
in Berita
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN sudah lebih 25 tahun berada dalam industri hiburan, Siti Nordiana membuktikan dirinya masih digemari ramai apabila lebih 2,000 peminat menghadiri ke konsert Memori Berkasih Siti Nordiana yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu.

Siti Nordiana, atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, 39, mempersembahkan 21 buah lagu miliknya termasuk beberapa buah lagu hit seperti Terus Mencintai dan Hatiku Milikmu.

Konsert yang berlangsung kira-kira dua jam tersebut juga didendangkan dengan kerjasama kumpulan pemuzik latar, The Romeo yang menggabungkan tujuh ahli muzik berserta dua penyanyi iringan.

Baca juga: Isu royalti Rockology: Din akan beri penjelasan

Siti Nordiana atau lebih gemar dipanggil Nana, turut menyediakan segmen istimewa dan tribute buat penyanyi yang sering berduet dengannya, Allahyarham Abdillah Murad Md Shari, atau lebih dikenali sebagai Achik Spin.

“Saya dedikasikan segmen ini buat insan yang berjuang bersama saya sepanjang berada di dalam industri ini. Walaupun beliau tidak bersama kita, saya yakin semangatnya kekal ada bersama dengan kita,” kata Nana sebelum memulakan persembahan dalam segmen istimewa itu.

Baca juga: M.Nasir bakal gegar Axiata Arena pada Ogos depan

Dalam segmen itu, Nana mempersembahkan beberapa lagu duet yang terkenal bersama Achik Spin termasuk Gurauan Berkasih dan Memori Berkasih.

Istimewanya, suasana konsert tersebut turut dimeriahkan dengan semua hadirin yang turut mengiringi nyanyian bahagian Achik dalam semua lagu duet milik mereka berdua.

Konsert tersebut kemudiannya melabuhkan tirainya dengan lagu Paling Comel, yang juga merupakan salah satu lagu hit hasil gandingan Nana dan Achik. — Arena Muzik

Previous Post

Isu royalti Rockology: Din akan beri penjelasan

Next Post

ALYPH hasilkan buah tangan baharu berjudul Dari Jauh

Next Post

ALYPH hasilkan buah tangan baharu berjudul Dari Jauh

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.