Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Anggap Din & Kid ‘pencuri’, Amy Search persoalkan royalti album Rockology

Kamilia Ali by Kamilia Ali
May 12, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

VOKALIS utama kumpulan rock tanah air, Datuk Amy Search terkilan dengan dua bekas anggota bersama iaitu Din dan Kid yang masih didakwa berdiam diri berikutan isu royalti selepas melancarkan album Rockology Search : Kid’Din Collection Series pada tahun 2022.

Datuk Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata, tindakan mereka itu dianggap begitu keterlaluan sekali gus, tidak menghormati perjuangan kumpulan rock legenda itu.

“Saya nak tanya kepada Din dan Kid mana kami punya royalti album yang kalian jual? Itu hak anak bini saya, Nasir dan arwah Yazid.

Baca juga: Kenali isi hati Amir Hasan dan RebelAsia menerusi Mona

“Mereka jual album tersebut tanpa sebarang dokumen dan tiada satu sen pun kita dapat. Sedangkan bila kami tandatangi kontrak digital, mereka dapat bahagian masing-masing.

“Banyak benda yang mereka langgar dan langsung tidak hormat kami. Mereka tahu perkara itu salah,” katanya ketika ditemui di majlis jamuan hari raya Go Search Records & Entertainment di Villa Zamara, Sungai Penchala pada Khamis.

Bukan itu sahaja, dia juga kecewa dengan sikap Din dan Kid yang seolah-olah tidak peduli soal pembahagian royalti menerusi lagu-lagu yang mereka muatkan di dalam album berkenaan.

Baca juga: Din dan Kid tampil dengan Konsert Search ‘Gemuruh’ 29 Jun depan

“Kid dan Din tidak membuat sebarang perbincangan dengan kami. Mereka lancarkan album tersebut dan buat tak tahu sahaja.

“Lagu-lagu dalam album Rockology itu merupakan lagu yang selalu kami mainkan. Tindakkan mereka ini sudah pun melanggar Hak Cipta Terpelihara. Kalau mereka nak bayar, macam mana nak tahu jumlahnya? Kita tiada satu dokumen pun ketika ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amy turut memaklumkan dia bakal berangkat menunaikan ibadah bersama isteri tersayang, Norhasliza Hassan 6 Jun depan. — Arena Muzik

Previous Post

Kenali isi hati Amir Hasan dan RebelAsia menerusi Mona

Next Post

M.Nasir bakal gegar Axiata Arena pada Ogos depan

Next Post

M.Nasir bakal gegar Axiata Arena pada Ogos depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.