CHARLI XCX mendedahkan kepada media bahawa dia sedang ‘mengerjakan’ lagu baharu buat pelantun terkenal dengan lagu ‘Toxic’ iaitu Britney Spears.
Penyanyi serta pencipta lagu yang berasal dari England itu, menampilkan diri baru-baru ini dalam rancangan realiti, Watch What Happens Live dan mengakui bahawa dirinya tidak begitu yakin sebanyak banyak penglibatan Spears dalam proses pembikinan lagu tersebut.
“Umm saya rasa jadi, tapi rasanya macam tidak. Akan tetapi, berita tersebut sudah pun tersebar kepada akhbar,” katanya menerusi rancangan realiti Watch What Happens Live.
Baca juga: Konsert solo pertama B.I, sedia ‘HYPE UP’ bersama peminat Malaysia pada Jun depan
Walaubagaimanapun, pelantun lagu Boom Clap itu menekankan tentang satu hantaran yang dibuat oleh Spears yang menganggap bukan sembarangan orang boleh menuliskan sebuah karya buatnya.
“Setelah melihat hantarannya, saya pun tidak mahu mengulas panjang dan berkata ‘pergi’, jadinya saya pun tidak tahu sama ada dia terlibat sebahagian daripada proses itu.
“Berkemungkinan Britney mempunyai banyak projek lain yang dia lebih fokuskan. Jadi, saya pernah bertanya tetapi tidak tahu sama ada ianya betul atau tidak,” ujarnya memetik media antarabangsa, The Hollywood Reporter.
Baca juga: Kat Roshan dan Meer Nash berjaya pukau lebih 2 juta penonton di China
Dalam masa sama, media melaporkan cuba untuk mendapatkan wakil Spears untuk memberi penjelasan tentang perkara tersebut dengan lebih lanjut.
Sementara itu, pada awal tahun ini, Spears berkongsi tentang satu catatan di sosial media miliknya bahawa dia menulis lagu buat artis lain.
“”Apabila saya menulis, saya menulis untuk keseronokan atau saya menulis untuk orang lain!!!, Bagi anda yang telah membaca buku saya, ada banyak yang anda tidak tahu tentang saya …saya telah menulis lebih 20 lagu untuk orang lain dalam dua tahun yang lalu !!! Saya seorang penulis hantu dan saya benar-benar menikmatinya dengan cara itu !!!,” katanya. — Arena Muzik