Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Konsert Trio Terhebat Vol. 1 ditunda

Arena Muzik by Arena Muzik
April 24, 2024
in Berita
0
33
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KONSERT Trio Terhebat Vol. 1 yang berlansung pada 4 Mei depan di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ditunda ke satu tarikh lain.

Makluman penangguhan konsert yang menyaksikan kemunculan tiga penyanyi hebat Indonesia tersebut diumumkan pada Selasa di Instagram Icon Entertainment.

“Kepada semua pembeli tiket konsert serta peminat Once, Marcell dan Bams, dengan rendah diri, pihak kami mengumumkan bahawa Konsert Trio Terhebat Vol. 1 ditangguhkan untuk tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

“Kami memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang mungkin timbul akibat keputusan ini, terutama kepada yang telah membeli tiket,” katanya.

Icon Entertainment turut menyatakan bahawa tiket konsert itu masih sah untuk tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Kepada semua pembeli tiket juga diingatkan untuk terus mengikuti perkembangan Konsert Trio Terhebat Vol.1 melalui saluran komunikasi pihak Icon Entertainment.

Sekadar info, konsert Trio Terhebat Vol. 1 bakal menyaksikan kemunculan tiga penyanyi hebat Indonesia iaitu, Once, Marcell dan Bams di atas satu pentas. — Arena Muzik

Tags: Trio Terhebat (Vol 1)
Previous Post

Bukan Hazama tapi Amir Masdi ganti Denden

Next Post

Nadeera muncul dengan Udara, anggap drama Framed sebagai ‘batu loncatan’

Next Post

Nadeera muncul dengan Udara, anggap drama Framed sebagai 'batu loncatan'

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.