Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Westlife bakal gegar Genting Highland pada Jun depan

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 23, 2024
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN pop terkenal, Westlife, akan kembali ke Malaysia untuk mengadakan konsert satu malam di lokasi yang terletak kira-kira 1,800 meter dari aras laut.

Westlife The Hits Tour 2024 anjuran MMIC Entertainment Group dengan JS Concert Productions sebagai penganjur, akan berlangsung pada 9 Jun, pukul 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Secara tidak langsung memberikan keterujaan kepada semua peminat yang setia menunggu kehadiran kumpulan terkenal berkenaan.

Baca juga: CNBLUENTITY berjaya ‘tambat’ hati 5000 peminat di Megastar Arena

Kembali ke arena yang sama selepas 24 tahun, Westlife sekali lagi akan mempamerkan persembahan mereka yang mempersonakan untuk peminat setia mereka.

Persembahan daripada kumpulan yang berasal dari Ireland itu pasti akan mencatat memori indah kepada peminat-peminat Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan, manakala Mark Feehily tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Pembelian tiket ke Westlife The Hits Tour 2024 berharga RM1,188 (VIP), RM988 (PS1), RM788 (PS2), RM588 (PS3) dan RM388 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Tiket boleh dibeli atas talian menerusi MMIC Entertainment Group di mmic.bigtix.io, Resorts World Genting di rwgenting.com dan BookMyShow di my.bookmyshow.com.

Westlife The Hits Tour 2024 dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group bersama JS Concert Productions sebagai Promoter, sementara radio SINAR, MIX dan LITE sebagai Rakan Media Rasmi.

Baca juga: Taylor Swift catat album paling laris tahun 2024

Untuk info, Westlife yang ditubuhkan pada 1998, berjaya melakar nama sebagai kumpulan lelaki era 2000-an yang menjadi perhatian di seluruh dunia dengan lagu-lagu hits dan persembahan yang memukau. Antara lagu dendangan Westlife yang menjadi siulan ramai dan masih diminati hingga kini seperti “Uptown Girl”, “My
Love”, “Swear It Again”, “Flying Without Wings”, “World of Our Own”, “Hello My Love”
dan banyak lagi.

Westlife berjaya menjual lebih 55 juta unit album, memperoleh 36 album No. 1, mengumpul lebih daripada 3 bilion aliran global, melepasi 1 bilion tontonan YouTube dan menjual lebih 5.5 juta tiket konsert di seluruh dunia. Mereka telah menerima pelbagai anugerah termasuk satu World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards dan empat Record of the Year Awards.— Arena Muzik

Previous Post

Pembentukan jawatankuasa untuk tangani isu royalti dalam kalangan penggiat muzik – KPDN, Kementerian Komunikasi

Next Post

Bukan Hazama tapi Amir Masdi ganti Denden

Next Post

Bukan Hazama tapi Amir Masdi ganti Denden

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.