Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Lagu raya viral, no.3 yang paling digilai masa kini

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
April 12, 2024
in Rencana
0
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap tanpa kehadiran lagu raya yang menceriakan suasana dan mampu menaikkan mood Lebaran dengan orang tersayang. 

Selain meneruskan kelangsungan lagu-lagu lama, terdapat banyak karya baharu yang tidak kurang hebat dan mampu melekat di ingatan. 

Tidak kurang itu, pengaruh dan kuasa media sosial turut memainkan peranan sehingga mampu menbuat sesebuah lagu tersebut menjadi ‘trending’ dan siulan pendengar masa kini. 

Baca juga: Ernie Zakri meriahkan Aidilfitri dengan HAHAHAHAHari Raya

Justeru, berikut Arena Muzik senaraikan lagu raya ‘viral’ yang popular. 

Lagu: Raya Raya Raya 

Penyanyi: Dolla 

Tahun: 2021 

Lagu Raya Raya Raya nyanyian Dolla boleh dikatakan sebagai satu suntikan semangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri selepas negara kembali pulih daripada wabak Covid-19. 

Meskipun dilancarkan pada 2021, namun kehangatan dan alunan muzik lagu tersebut masih kekal dalam ingatkan sehingga ke hari ini. 

Sejak dimuat naik ke YouTube pada 30 April 2021, muzik video lagu Raya Raya Raya sudah mendapat lebih 22 juta tontonan. 

Lagu tersebut diciptaan Ajay Amai, Glow Rush, Nick Ariff, Acap Salim, Somean K-Clique dan Mika Chan. 

Lagu: Pejam Celik Hari Raya 

Penyanyi: Iman Troye

Tahun: 2021

Lagu Pejam Celik Hari Raya nyanyian Iman Troye menjadi antara lagu tular yang masih diingati sehingga ke hari ini, meskipun sudah dua tahun berlalu. 

Diciptakan oleh Ezra Kong dan A.Ramlee, lagu tersebut dinyanyikan semula pada tahun ini dengan susulan muzik baharu dan rentak tarian lebih rencak. 

Muzik video lagu ini mendapat lebih 24 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 9 April 2021. 

Baca juga: Cinta Tak Mungkin taruhan baharu Siti Nurhaliza

Lagu: Alamak Raya Lagi

Penyanyi: De Fam 

Tahun: 2024 

Lagu Alamak Raya Lagi nyanyian De Fam ini antara yang terawal diperdengarkan kepada pendengar. 

Difahamkan, lagu tersebut seharusnya dilancarkan pada tahun lalu. Namun, disebabkan beberapa kekangan, lagu terbabit dilancarkan pada 2024. 

Ini secara tidak langsung menjadikan video muzik lagu Alamak Raya La mula dimuat naik ke YouTube sejak awal Ramadan lagi. 

Lagu tersebut dihasilkan oleh Mage, Ja’a, Glowrush, Awan dan Sophia Liana yang juga merupakan anggota De Fam di samping Cik Manggis dan Azira Syafinaz. 

Menarik mengenai Alamak Raya Lagi, muzik video lagu tersebut hampir mendapat 10 juta tontonan di YouTube dalam tempoh empat minggu dimuat naik. 

Lagu: Raya Mana?

Penyanyi: Nabila Razali

Tahun: 2024 

Lagu Raya Mana? ciptaan Ezra Kong sepenunhya ini mempunyai mesej jelas tentang kekeliruan pasangan berumah tangga dalam membuat keputusan untuk pulang berhari raya. 

Sama ada ingin pulang ke kampung halaman sendiri atau keluarga mentua, menjadi antara ‘topik’ hangat kepada pasangan.

Lagu ini juga bersesuaian dengan status penyanyi asal, Nabila Razali yang pertama kali menyambut Lebaran sebagai isteri selepas berumah tangga dengan Nik Iruwan Nik Izani pada November tahun lalu. 

Muzik video lagu Raya Mana? turut berjaya meraih lebih 1 juta tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 22 Mac lalu. 

Baca juga: Selam Lagu: Kasa Rubia lambang kesucian takdir cinta

Lagu: Bersyukur Seadanya

Penyanyi: Hael Husaini

Tahun: 2019 

Lagu Bersyukur Seadanya ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong menjadi antara yang tular sekitar 2019. 

Masakan tidak, muzik video lagu tersebut yang dimuat naik ke YouTube sejak 24 Mei 2019 itu sudah mendapat hampir 20 juta tontonan. — Arena Muzik

Tags: lagu raya viral
Previous Post

Lagu raya bukan untuk hari raya? Berikut 5 fakta menarik tentang karya Lebaran yang tetap jadi pilihan

Next Post

Scarlet 2: Claude Frollo sentuhan eksklusif Doja Cat 

Next Post

Scarlet 2: Claude Frollo sentuhan eksklusif Doja Cat 

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.