Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Cinta Tak Mungkin taruhan baharu Siti Nurhaliza

Kamilia Ali by Kamilia Ali
April 4, 2024
in Berita
0
xr:d:DAF2SEnVNmo:1440,j:4309242722613730669,t:24040404

xr:d:DAF2SEnVNmo:1440,j:4309242722613730669,t:24040404

14
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KEJAYAAN konsert solo, Sebuah Epitome, Saya Siti Nurhaliza pada 9 Mac lalu tidak menghentikan kerjaya seni seorang penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin untuk hadir dengan buah tangan baharu bertajuk Cinta Tak Mungkin.

Single itu juga telah dipilih menjadi runut bunyi drama bersiri terbitan Astro Ria berjudul, Malang Si Puteri. Lagu berkenaan diciptaan Farouk Roman manakala, lirik ditulis oleh Adrianna Cinta.

Menurut Siti, Cinta Tak Mungkin merupakan kerjasama kali kedua beliau dengan Farouk Roman yang pernah menghasilkan lagu berjudul Senyawa menerusi album Sitism. Alunan melodi dan lirik lagu yang sinonim dengan kehendak sesebuah jalan cerita menjadikan lagu tersebut sangat istimewa di hati beliau.

Baca juga: Ernie Zakri meriahkan Aidilfitri dengan HAHAHAHAHari Raya

“Farouk memang terkenal dengan penghasilan lagu runut bunyi dan saya percaya dengan sentuhan beliau. Selain itu Farouk juga memberikan kebebasan kepada saya untuk menyanyikan lagu tersebut dengan emosi saya sendiri setelah diperjelaskan mengenai jalan ceritanya. Pertama kali diperdengarkan demo, lagu ini terus memikat hati saya.

“Menyanyikan lagu runut bunyi dianggap sebagai satu peluang terbaik kepada seseorang penyanyi kerana lagu tersebut akan selalu diperdengarkan dan mudah mendapat perhatian penonton serta pendengar walaupun, masih lagi dalam fasa pemulihan suara namun tidak menjadi masalah untuk melunaskan tanggungjawab yang diberikan,” ujar Siti sambil tersenyum manis.

Baca juga: Aisha Retno, Aziz Harun beraya bersama dalam Ketipak Ketipung Raya

Tambahnya lagi, meskipun lagu tersebut bukan tentang kisah hidupnya, namun beliau cuba membawa watak yang digarap dalam drama siaran itu dengan baik. Luahan perasaan lelah, terpenjara serta keperihan hidup diungkap menerusi emosi dalam nyanyian beliau.

Cinta Tak Mungkin merupakan pertaruhan terbaharu Siti dan beliau berharap agar lagu ini akan diterima baik oleh seluruh peminat dan pencinta muzik tanah air. Lagu ini boleh distrim di seluruh pelantar digital bermula 8 Mac 2024 yang lalu.

Untuk info, lagu Cinta Tak Mungkin susunan Reza Ramsey terhasil menerusi perbincangan di antara komposer Farouk Roman dan pihak penerbit, Radius One Sdn.Bhd. Farouk menghasilkan lagu dan lirik sesuai dengan kehendak penerbit dan jalan cerita drama bersiri tersebut. — Arena Muzik

Previous Post

Ernie Zakri meriahkan Aidilfitri dengan HAHAHAHAHari Raya

Next Post

Dilemma bukti kebangkitan Kaka Azraff

Next Post

Dilemma bukti kebangkitan Kaka Azraff

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.