KEMERIAHAN dan kegembiraan sambutan hari raya menggamit memori dengan rangkaian lagu raya lama yang penuh dengan nostalgia. Namun, itu tidak bermakna kita harus lupakan karya baharu yang turut memiliki tarikan tersendiri.
Tidak ketinggalan, kumpulan penyanyi wanita yang hangat diperkatakan baru-baru ini, The Gadys turut tampil dengan lagu raya mereka bertajuk Cuti Raya.
Bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, lagu itu dianggap sangat dekat dengan kehidupan harian masyarakat yang bekerja pada musim perayaan.
Lagu Cuti Raya diciptakan oleh Ja’a, Mage, Glowrush dan Adib Hussin.
Baca juga: Kongsi gambar suntingan lagu, Lady Gaga dikatakan bakal lancar single baharu
Bagi The Gadys yang dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamera Chan, mereka saling menginginkan karya tersebut menjadi antara lagu raya paling diminati pada tahun ini seterusnya kekal evergreen.
“Lagu Cuti Raya adalah sebuah lagu yang boleh dikatakan sangat rapat dengan kehidupan harian semua orang yang bekerja.
“Ianya lebih kepada gambaran emosi dalam lirik lagu dan lirik yang ‘straightforward’ untuk menyatakan hasrat dan harapan untuk cuti beraya dan tidak mahu bekerja supaya dapat bergembira di hari raya dengan orang yang tersayang,” kata Aznie sambil tersenyum.
Baca juga: Kebesaran Al-Quran semarak rasa cintakan kalam Allah
Sementara itu, Thamiera berkata, lagu Cuti Raya ni sangat kena untuk orang yang bekerja dan tidak mendapat cuti pada sambutan hari raya ini.
“Mereka yang merantau dan perlu bekerja pada sambutan hari raya amat sesuai untuk mendapat lagu ini. Liriknya boleh dikaitkan dengan mereka yang tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga kerana terikat dengan tuntutan tanggungjawab,” katanya. — Arena Muzik