AMALAN membaca Al-Quran bukan sekadar dapat menambah keimanan dan manfaat pahala di bulan Ramadan, tetapi ia juga kalam Allah yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat Islam.
Bahkan kesucian ayat Al-Quran juga menyimpan 1,001 kebaikan jika dijadikan amalan dalam memperoleh kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Justeru, sempana kehadiran sambutan Nuzul Quran, tidak menjadi salah sekiranya memperbanyakkan bacaan Al-Quran di samping menjalani ibadah puasa.
Baca juga: Adrianna Cinta lebar sayap dengan Jauh
Keindahan dan kemanisan Al-Quran turut diceritakan dalam lagu Kebesaran Al-Quran nyanyian kumpulan In-Team.
Lagu tersebut yang dilancarkan sekitar awal 2000 itu meneritakan tentang fungsi Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk jalan dalam mencari reda Ilahi.
Single Kebesaran Al-Quran dimuatkan dalam album In-Team bertajuk Kasih kekasih. Lagu tersebut dihasilkan oleh Hasnol Hadi bersama Ito Lara.
Sekadar info, In-Team merupakan antara kumpulan nasyid popular awal 2000-an dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Sehingga kini nama kumpulan tersebut tetap kekal dalam ingatan peminat muzik ketuhanan.
Baca juga: Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind
Pada 2000, In-Team telah melahirkan album studio pertama iaitu Kasih Kekasih terbitan Hijjaz Music Entertainment dan edaran NAR Records.
Album tersebut berjaya mengharumkan nama In-Team dalam industri muzik tanah air apabila single pertama mereka, Kasih Kekasih mula mendapat tempat di hati peminat.
Populariti lagu tersebut telah melonjakkan jualan album berkenaan sehingga mencecah 80,000 unit. Kejayaan itu melayakkan mereka untuk mendapat anugerah platinum daripada Hijjaz Records. — Arena Muzik