Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Kembara Nabawi jadi sentuhan rohani Aina Abdul

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 25, 2024
in Berita
0
15
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BARU sahaja menggondol anugerah Vokal Terbaik dan tempat ketiga di acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-38, penyanyi berbakat besar Aina Abdul muncul pula dengan sebuah karya kerohanian berjudul Kembara Nabawi.

Menariknya, karya tersebut bukan ciptaan atau tulisan Aina sendiri, tetapi ia dicipta oleh Anep Otwo, Alan Otwo dan FJ Muzik dengan lirik sentuhan oleh FJ Muzik.

Seperti judulnya, lagu serta penulisan karya itu mengangkat kisah perjuangan serta kehidupan tokoh junjungan besar umat Islam iaitu Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan Islam.

Baca juga: Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind

Menurut salah seorang pembikin lagu iaitu Anep Otwo, kehebatan vokal Aina menjadi satu tarikan dan kekuatan pada karya terbabit sekali gus sesuai untuk ‘menceritakan’ tentang kehebatan Rasulullah kepada pendengar.

“Bagi lagu ini saya dan Alan Monosterio, merasakan sesuatu yang luar biasa dari segi penyampaian serta vokal Aina, ini kerana Aina mempunyai kebolehan ya menyampaikan lagu ini dengan penuh ikhlas sambil mampu menceritakan kisah di sebalik lirik tersebut.

“Aina seorang penyanyi yang sangat luar biasa dan semestinya kami sangat teruja dapat bekerjasama dengan seorang penyanyi yang sememangnya sangat dikenali di Malaysia,” ujarnya.

Baca juga: Willow Smith kongsi kisah kehidupan dalam Symptom Of Life

Tidak hanya itu, dia juga berpendapat untuk menghasilkan karya tersebut hanya terdapat beberapa rujukan yang perlu dilakukan terlebih dahulu. 

“Dari segi penulisan lagu ini, ia ditulis oleh saudara FJ Muzik dan semua ini datangnya dari hasil membaca kisah Rasulullah SAW.

”Moga lagu serta penulisan ini akan membuatkan kami serba sedikit tahu secara ringkas tentang perjalanan dan kehidupan Nabi Muhammad SAW,” tambah Anep lagi.

Lagu itu juga ditampilkan dengan sebuah video muzik dan telah dilancarkan bersama pada 8 Mac lalu. — Arena Muzik

Tags: AINA ABDULKembara NabawiNabi Muhammad SAW
Previous Post

Aini Mazalan titip pesan ceritera cinta dalam Outta My Mind

Next Post

Adrianna Cinta lebar sayap dengan Jauh

Next Post

Adrianna Cinta lebar sayap dengan Jauh

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.