Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Teman taruhan baharu Insomniacks

Kamilia Ali by Kamilia Ali
March 16, 2024
in Berita
0
26
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN Insomniacks memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia muzik tempatan. Boleh dikatakan lagu mereka kerap menjadi siulan anak muda dan tular di media sosial.

Bagi memperkukuhkan lagi kedudukan di arena muzik, mereka kembali dengan buah tangan baharu berjudul Teman.

Melodi dan lirik lagu tersebut ditulis oleh vokalis utama kumpulan itu, Iqie, dengan kerjasama Bajai iaitu penerbit bersama Insomniacks.

“Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga di waktu malam.

“Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar tidur juga. Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie.

Baca juga: Afif Tirmizie, Nikki Palikat bersatu dalam Dugaan Takdir Cinta

Baca juga: Risiko gabungkan MK, Tuju, Benzooloo, Ghidd dan Meerfly

Iqie atau nama sebenar Syed Mir Iqbal, 27, turut berkongsi tentang proses rakaman lagu Teman amat menyenangkan kerana dia dapat bekerjasama dengan dua ayah saudaranya yang juga merupakan pemuzik berbakat dengan banyak pengalaman dalam industri muzik.

Lagu tersebut juga menampillan visual jalan cerita menarik di tambah pula dengan bait lagu menggambarkan pentingnya persahabatan dan sentiasa berada disisi di saat diperlukan.

Insomniacks meletakkan harapan agar pendengar dapat memahami maksud di sebalik lagu yang penuh itu. — Arena Muzik

Previous Post

Afif Tirmizie, Nikki Palikat bersatu dalam Dugaan Takdir Cinta

Next Post

Bon Jovi bakal lancar album studio ke-16 Jun depan

Next Post

Bon Jovi bakal lancar album studio ke-16 Jun depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.