Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Ernie Zakri ‘jual’ lagu Masing-Masing ke Indonesia

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 23, 2024
in Berita
0
8
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang mempunyai vokal yang mempersonakan, Ernie Zakri baharu sahaja melancarkan album baharu yang berjudul, Aura, kini sedang giat mempromosikan koleksi karyanya iaitu lagu single, Masing-Masing telahpun diluncurkan pada 3 November tahun lalu.

Hasil kolaborasi bersama Ade, Govinda dari Indonesia sekali gus memberikan impak yang besar buat dirinya yang sanggup terbang ke negara republik itu demi memperkenalkan lagu yang sangat menyentuh jiwa peminat muzik.

Kerjasama Ade Govinda dan Nabila V membawakan lagu Masing Masing bertemakan putus cinta. Kisah yang menyentuh hati, menceritakan tentang pasangan yang terpaksa berpisah demi mencari kebahagiaan masing-masing.

Lagu tersebut berjaya menambat hati pendengar Malaysia dan muncul di tangga ke-8 dalam Carta ERA 40 sekali gus video muzik bagi lagu itu turut meraih sebanyak 1.4 juta tontonan dalam masa dua bulan, terutamanya dari peminat Ernie dan rakan-rakannya yang berada di Malaysia dan Indonesia.

Baca juga: Suara melankolik Cakra Khan

Baca juga: Kenangan Terindah jadi kekuatan Bams Samsons

Ernie yang melakar nama di negara jiran, memulakan lawatan promosi di Jakarta pada 15 Januari 2024 dengan agenda yang padat dan muncul dalam beberapa wawancara media seperti Warta Kota Podcast, Detik Pagi, Celebrits Okezone, In TodayMedia dan beberapa agensi media lain lagi.

“Saya sangat gembira dengan rangka promosi di Jakarta. Malah saya tidak sangka penerimaan pihak media di sana begitu baik terhadap saya.

“Mereka memberikan kerjasama yang baik. Walaupun penat mengejar masa, saya gembira dengan apa yang telah dirancang oleh pihak syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan MyMusic Records,” jelas Ernie.

Sebelum ini, Ernie pernah memukau peminat dengan lagu hit Hal Hebat dengan berkolaborasi bersama Govinda, mempunyai harapan tinggi untuk lagu Masing Masing di Indonesia.

“Semestinya saya hendak yang terbaik untuk lagu ini. Saya berharap lagu ini akan diterima oleh pendengar muzik Indonesia kerana harapan saya pada lagu dan album ini sangat besar.

“Semoga saya akan menerima khabar yang baik-baik sahaja dari Indonesia,” jelas Ernie sambil tersenyum manis. — Arena Muzik

Previous Post

Suara melankolik Cakra Khan

Next Post

Kembali selepas satu dekad, CNBLUE bakal gegar Malaysia April depan

Next Post

Kembali selepas satu dekad, CNBLUE bakal gegar Malaysia April depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.