Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Cinta Kayangan serlah jiwa romantis Razzuan Rosli

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 15, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PERJALANAN karier seni pelakon Razzuan Rosli bermula apabila dia mula menceburi bidang lakonan seterusnya memberi inspirasi bagi menghasilkan lagu ‘Cinta Kayangan’ sekali gus menyerlahkan kemahirannya dalam bidang seni suara.

Lagu yang dinspirasikan daripada rasa cinta, Razzuan berpendapat dirinya mempunyai bakat terpendam dalam bidang seni suara selain lebih bersifat subjektif.

“Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan sebab cinta tu sesuatu yang mahal. Bagi kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah kita nak faham ABC. Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta.

“Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini pun disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan. Jadi, itu antara sebab kenapa saya memilih lagu Cinta Kayangan ini,” katanya.

Baca juga: Asimilasi Zamaera, Daaliah dalam Big Fish

Baca juga: Pemilik Hatiku jadi taruhan sulung HarsonBee

Dalam pada itu, Razzuan juga sempat kongsikan intipati video muzik yang berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagiaan bersama lagu barunya itu.

“Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki.

“Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai impian mereka,” katanya lagi sambil tersenyum simpul.

Razzuan turut berkata lagu tersebut bukan hanya memberikan hiburan semata-mata tetapi juga mengandungi mesej yang mendalam dan cerita yang ingin disampaikan.

Cinta Kayangan boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan Youtube Music serta video muzik juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran Youtube rasmi Universal Music Malaysia.

Sekadar info, Razzuan pernah muncul dengan single Akur terbitan Universal Music Malaysia pada 2022 yang menjadi taruhannya dalam bidang seni suara. — Arena Muzik

Previous Post

Asimilasi Zamaera, Daaliah dalam Big Fish

Next Post

Cerita cinta dalam Kasmaran gaya Layka Al Funsu

Next Post

Cerita cinta dalam Kasmaran gaya Layka Al Funsu

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.