Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Singkap kisah hidup Celine Dion dalam ‘I Am Celine Dion’

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 3, 2024
in Berita
0
22
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

“I Am Celine Dion: merakamkan liku kehdiupan sebagai seorang penyanyi dan berjuang dalam melawan penyakit”

Kehidupan yang tidak kesemuanya manis lebih-lebih lagi apabila legasi dan perjuangan penyanyi terkenal berasal dari Kanada, Celine Dion diterokai dalam dokumentari baharu bertajuk I Am: Celine Dion akan disiarkan di aplikasi Amazon Prime.

Dokumentari arahan Peabody dan pemenang Anugerah Emmy, Irene Taylor, difahamkan proses rakaman telah berlangsung selama setahun. Ia akan menawarkan pandangan yang jarang berlaku tentang kehidupan peribadi Dion dan penonton berpeluang melihat ke dalam studio rakaman dan ke rumah kediamannya.

Legasi dan perjuangan penyanyi terkenal berasal dari Kanada, Celine Dion diterokai dalam dokumentari baharu bertajuk I Am: Celine Dion.

Dalam masa yang sama, sambil meneroka tentang kejayaan besar pelantun lagu My Heart Will Go On itu, dokumentari tersebut turut memaparkan berkenaan masalah kesihatan yang menimpa Dion secara mendadak sekali gus memberi kesan terhadap karier nyanyiannya.

“Dua tahun kebelakangan ini merupakan satu cabaran yang besar bagi saya sehingga mempelajari bagaimana untuk menguruskannya tanpa membiarkan ia menjadi satu perkara negatif dalam hidup saya.

Baca juga: Turn The Lights Back On hangatkan nama Billy Joel

Baca juga: Hyun Bin ‘hero’ dalam muzik video Kim Bum Soo

“Saya sedar betapa rindunya saya untuk meneruskan karier saya dalam bidang nyanyian dan rindu untuk berjumpa peminat semua. Sepanjang saya berehat ini, saya memutuskan untuk mendokumentasikan sebahagian daripada hidup saya.

Pada Disember 2022, Dion mendedahkan bahawa dia telah disahkan menghidap sindrom orang kaku (Stiff Person).

“Selain itu, dokumentari ini dapat meningkatkan kesedaran tentang masalah penyakit yang saya hadapi serta ingin membantu orang lain berkenaan pengetahuan tentang penyakit ini,” katanya memetik laporan antarabangsa, WecB.

Setakat ini, tiada tarikh rasmi pelancaran dokumentari itu diumumkan.

Sebelum ini, Dion telah mengeluarkan album berjudul Courage pada 2019, selepas album terakhir pada tahun 2013 (Love Me Back To Life). Ia tersenarai sebagai nombor satu dan mendahului jelajah dunia dan dipendekkan kerana pandemik Covid-19.

Dia merancang untuk kembali ke Las Vegas pada 2022 dan melengkapkan jelajah Jelajah Dunia, Courage apabila dia tiba-tiba membatalkan semua tarikh kerana mengalami kekejangan otot yang berterusan. Pada Disember 2022, Dion mendedahkan bahawa dia telah didiagnosis dengan sindrom orang kaku (Stiff Person), gangguan neurologi yang jarang berlaku yang menjejaskan satu dalam sejuta orang. — Arena Muzik

Previous Post

Turn The Lights Back On hangatkan nama Billy Joel

Next Post

Green Day mendominasi senarai 5 lagu cinta paling romantik

Next Post

Green Day mendominasi senarai 5 lagu cinta paling romantik

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.