Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Turn The Lights Back On hangatkan nama Billy Joel

Kamilia Ali by Kamilia Ali
February 2, 2024
in Berita
0
9
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG veteran yang sebelum ini terkenal dengan lagu Uptown Girl. Billy Joel kini muncul dengan taruhan baharu iaitu, Turn The Lights Back On.

Walaupun sudah mencecah usia 75 tahun, Joel tetap bersemangat dalam menyampaikan karya muzik balada yang dipersembahkan bersama alunan bunyi piano yang dimainkan oleh beliau sendiri.

Pelancaran lagu Turn the Lights Back On merupakan titik perubahan bagi Joel menjejakkan kaki ke tahun baharu 2024.

Mengulas mengenai karya baharunya itu, Joel memberitahu, selain penglibatan dirnya sendiri, lagu tersebut turut mendapat sentuhan daripada komposer Arthur Bacon, Wayne Hector dan Freddy Wexler.

Malah, beliau hanya menghitung untuk mempersembahkannya di acara Anugerah Grammy bagi tujuan mempromosikan lagu tersebut yang tentu sahaja akan menambat hati peminat.

Baca juga: Siti Nordiana pertama kali buat konsert selepas 25 tahun dalam industri

Baca juga: Sayap jadi taruhan Elly Mazlein bukti kemampuan sebagai penyanyi

“Saya mengharapkan agar lagu ini bukan sahaja dapat menghiburkan, tetapi turut merancakkan lagi kerjaya saya.

“Saya merancang untuk membuat persembahan pada skala besar bagi memaklumkan tentang lagu ini. Diharapkan agar peminat dapat menerimanya dengan terbuka,” katanya.

Joel sebelum ini terkenal dengan gelaran Piano Man selepas mengeluarkan lagu yang berjudul sama. Selain itu, Joel berjaya menempah nama sebagai artis solo dalam karier muzik sejak tahun 1970. — Arena Muzik

Previous Post

Siti Nordiana pertama kali buat konsert selepas 25 tahun dalam industri

Next Post

Singkap kisah hidup Celine Dion dalam ‘I Am Celine Dion’

Next Post

Singkap kisah hidup Celine Dion dalam 'I Am Celine Dion'

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.