PENYANYI, pelakon dan pengacara program berasal dari negara Korea Selatan, Lee Ji-eun atau dikenali dengan nama pentasnya, IU, bakal mengadakan konsert jelajah dunia di Malaysia pada 8 hingga 9 Jun bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Sebagai sebahagian daripada jelajah dunia yang meluas tersebut, IU akan mengembara ke pelbagai negara Asia seperti Singapura, Jakarta, Hong Kong, Filipina dan Malaysia.
Konsert ‘IU H.E.R World Tour’ telah diumumkan oleh penyanyi berumur 31 tahun itu menerusi satu hantaran poster konsert di Instagram miliknya sekali gus membuatkan semua peminatnya teruja.
Baca juga: Sebahagian daripada hidup saya telah berakhir – Roger Daltrey
Baca juga: Jim Morrison dan The Doors: Legenda Rock yang Tak Tertandingi
Namun, masih dalam proses perbincangan, pihaknya belum mengeluarkan perincian berkenaan harga tiket untuk konsert tersebut.
Pelantun lagu Celebrity itu baru sahaja selesai menamatkan konsert Golden Hour pada tahun lalu dan menemui peminat dari 18 buah negara di seluruh dunia termasuk Kuala Lumpur, Bangkok, Seoul dan Jakarta.
Dalam masa yang sama, penyanyi solo itu juga pernah hadir ke Malaysia pada tahun 2019 dengan mengadakan konsert jelajahnya iaitu LOVE, POEM. Oleh kerana permintaan yang tinggi dari peminatnya, IU akan kembali menemui peminat di Malaysia selama 2 hari berturut-turut dengan konsert IU H.E.R World Tour pada Jun depan.
Baru-baru ini, IU membuat kejutan apabila dia mengumumkan penyanyi kumpulan BTS, V (Taehyung) terlibat dalam video muzik lagu baharunya yang berjudul Love Wins.
Lagu tersebut akan dilancarkan pada 24 Januari nanti dan menjadi single pertama selepas berehat selama dua tahun.
Untuk info, album terakhir yang dikeluarkan oleh IU berjudul Pieces adalah pada tahun 2021. — Arena Muzik