Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

One Of These Days ‘sentuhan’ baharu Busted

Kamilia Ali by Kamilia Ali
January 20, 2024
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN Busted yang berasal dari United Kingdom menampilkan album baru berjudul Greatest Hits 2.0 Another Present For Everyone dan bersedia mengembangkan koleksi mereka dengan menambah single baru iaitu One Of These Days.

Tiga anggota kumpulan Busted antaranya James Bourne, Charlie Simpson dan Matt Willis membuat edisi secara langsung yang menampilkan sepuluh lagu yang dirakam ketika rancangan London O2 telah habis dijual baru-baru ini.

“Kami sungguh teruja untuk keluarkan rakaman langsung dari konsert jelajah ‘Grestest Hits UK & Ireland Arena’ kami. Kami menikmati masa yang terbaik ketika konsert jelajah itu dan kami sangat gembira kerana dapat menghidupkannya berulang kali dengan rakaman langsung.

Busted kembali tampil album Grestest Hits 2.0 dengan penambahan lagu baru berjudul, One Of These Days.

“Lagu One Of These Days, kami tulis bersama di Los Angeles (LA) pada awal tahun ini ketika kami mula kembali ke bilik penulisan bersama sebagai sebuah kumpulan.

“Ia adalah sesuatu yang istimewa kepada kami kerana ia menandakan banyak perkara yang akan datang untuk Busted,” kata Charlie Simpson.

Baca juga: Jim Morrison dan The Doors: Legenda Rock yang Tak Tertandingi

Baca juga: Sebahagian daripada hidup saya telah berakhir – Roger Daltrey

Album tersebut tersedia dalam pra-jualan dalam bentuk Vinil, Kaset dan cakera padat (CD), bersama One Of These Days juga telah tersedia untuk penstriman.

Format fizikal termasuk empat versi vinil yang berbeza direka oleh kumpulan itu, tiga kaset, setiap satu dengan ahli kumpulan berbeza pada kulit muka, dan dua CD: edisi standard yang menampilkan trek baharu dan edisi ‘Live’.

Semua format termasuk fotografi dari konsert jelajah baru-baru ini sebagai cenderahati untuk 200,000 orang yang menghadiri persembahan arena. Versi digital album akan tersedia untuk pre-jualan dalam masa terdekat.

Busted telah memilih beberapa pilihan lagu utama bagi konsert luar untuk musim panas tahun ini.

Manakala James menyifatkan konsert jelajah itu adalah masa yang paling menyeronokkan baginya sepanjang bersama kumpulan tersebut.

“Ia memberikan satu memori yang tidak dapat kami lupakan kerana kami berpeluang untuk bekerja dengan lagenda ‘Back To Future’ Christopher Lloyd dalam video pengenalan konsert jelajah tersebut.

“Siapa yang boleh menahan diri melakukannya sekali lagi dengan pengalaman yang sebegitu?,” kata James.

Menariknya, Busted telah mengesahkan beberapa pilihan utama bagi konsert luar untuk musim panas pada tahun ini.

Sekadar info, mereka telah mengakhiri dua acara bertaraf bintang: The National Lottery’s Big Bash di OVO Arena Wembley (6 Disember) dan Jingle Bell Ball Capital di O2 London (9 Disember) tahun lalu. — Arena Muzik

Previous Post

Jim Morrison dan The Doors: Legenda Rock yang Tak Tertandingi

Next Post

IU bakal hiburkan peminat Malaysia Jun depan

Next Post

IU bakal hiburkan peminat Malaysia Jun depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.