ARIANA Grande kembali meneruskan karier nyanyian dengan melancarkan single berjudul Yes,And? pada Jumaat lalu sekali gus menjadikan lagu tersebut sebagai karya utama dalam album studio ketujuhnya nanti.
Menariknya, itu menjadi ‘hadiah’ buat peminat setelah mengumumkan untuk berehat pada 2021 kerana ingin fokus dalam versi baharu kisah hidupnya.
Memetik media antarabangsa, The Washintong Post, Grande mengatakan rentak lagu ala Madonna itu membuatkan dia tidak peduli dengan pengkritik yang mengkritik tentang status hubungan dan komen-memalukan dirinya pada tahun lalu.
Baca juga: Album Vultures gandingan Kanye West, Ty Dolla Sign
Baca juga: Konsert UND3RGROUND kolaborasi 3 band indie
“Lidahku suci, aku akan bicara perkataan yang aku suka atau terlindung, kelihatan seksi, cerdas dengan waktu yang aku miliki sendiri,” antara bait kata yang terdapat pada awal lagu itu.
Sepanjang masa berehat, pelantun lagu God Is a Woman itu menyibukkan diri dalam bidang lakonan.
Baru-baru ini Grande membawa watak Glinda dalam filem adaptasi berjudul Wicked yang dijadualkan dilancarkan pada tahun ini.
Selain itu, selepas pergolakan kes penceraian Grande bersama bekas suami, Dalton Gomez tahun lalu, dia memilih untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas panjang mengenai perpisahan itu.
Grande turut meminta orang ramai untuk berhenti memberikan andaian buruk tentang isu kesihatan tubuh badannya yang kelihatan semakin kurus berbanding awal kemunculannya.
“Saya rasa kita perlulah berfikir secara elok bahawa tidak baik untuk memberi komen negatif terhadap tubuh seseorang walau apa pun terjadi,” ujarnya di aplikasi TikTok.
Intipati lagu Yes, And? membawa maksud pembelaan dirinya terhadap kritikan tubuh badan dan mengetengahkan bahawa kesihatan tubuh badannya adalah urusan diri sendiri tidak perlu andaian daripada orang lain.
Peminat setia Grande yang digelar, Arianators juga tidak sabar dan menantikan lagu penyanyi pop itu sejak tahun lalu ketika diumumkan bahawa album studio ketujuhnya, AG7.
Menerusi satu hantaran Instagram milik Grande, dia menulis tarikh pengeluaran lagu barunya tersebut dengan gambar yang mengenakan gincu merah membuatkan penyokongnya sungguh teruja.
Untuk info, Grande pernah menjadi juri The Voice pada tahun 2021 dan pernah membintangi filem fiksyen ilmiah yang berjudul Don’t Look Up. — Arena Muzik