PENUNDAAN album kolaborasi Kanye West dan Ty Dolla Sign berjudul Vultures, akhirnya akan dilancarkan pada tahun ini.
Kerjasama duo itu mula memberikan sedikit ‘sensasi’ atau teaser kepada peminat mereka sejak Ogos tahun lalu.
Album itu pada asalnya dijadualkan pada 13 Oktober 2023 untuk dilancarkan. Namun, perubahan tarikh berlaku kepada 3 November 2023.
Namun, tarikh pelancaran album itu kemudian ditukar kepada 15 Disember 2023. Kesudahannya, semua tarikh itu tidak memjadi realiti sehingga masuk tahun 2024.
Baca juga: Tyzo Xander tinggalkan Suria FM
Baca juga: Tiara Andini angkat budaya Jawa dalam Ngeluwihi
Menurut laporan antarabangsa, NME, West dan Ty Dolla Sign bercadang untuk mengeluarkan album terbabit pada masa terdekat.
Oleh itu, rakan kerjasama mereka, Apple Music telah meletakkan tarikh sesuai iaitu pada 19 Januari tahun depan.
“Perkara ini bagi mengelakkan pertembungan dengan keluaran album INSANO yang sangat ditunggu-tunggu oleh Kid Cudi,” lapor media berkenaan.
Berdasarkan satu hantaran di aplikasi X, akaun DailyRapFacts, menunjukkan bahawa album Vultures bakal dilancarkan pada 19 Januari seperti yang ditunggu-tunggu oleh peminat penyanyi rap duo tersebut.
Hasil kerjasama dua penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat itu menjadi kenyataan selepas menempuh liku-liku perjalanan dalam industri muzik untuk mengeluarkan album terbaharu mereka pada tahun ini.
Sebelum ini, West pernah mengeluarkan album kolaborasi bersama Kid Cudi yang berjudul Kids See Ghost pada tahun 2018. — Arena Muzik