PEMINAT penyanyi bersuara lunak, Mahalini pastinya tidak sabar untuk menyaksikan kemunculan bintang terkenal Indonesia itu beraksi di atas pentas menerusi konsert Lovechestra Mahalini pada 3 Februari depan.
Bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, barisan lagu hit popular seperti Sial, Sisa Rasa dan Kisah Sempurna bakal menanti antara karya yang paling dinantikan oleh peminat.
Alunan muzik menyentuh jiwa setiap peminat yang mendengar menjadi kekuatan buat penyanyi berusia 23 tahun itu melebarkan sayap ke industri hiburan seni nusantara.
Baca juga: Nike Ardilla, Melly Goeslow bersatu dalam Kembali Bertemu
Baca juga: 15 tahun dalam industri, Hyper Act hadiahkan peminat konsert Februari depan
Mahalini memulakan karier seni pada 2015 dan memenangi beberapa anugerah antaranya Artis Baru Terbaik Anugerah Muzik Indonesia 2021.
Malah, sebelum ini dia juga telah melancarkan album studio pertama dengan judul Fábula terbitan Hits Records pada 23 Januari lalu.
Bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket konsert Lovechestra boleh layari www.ticket2u.com.my.
Tiket dijual bermula dari RM299 (Gold), RM279 (Normal), RM399 (VIP), RM429 (VIP) dan RM799 (VVIP).
Konsert tersebut mendapat kerjasama Kharisma Music International dan Alha Alfa selaku penaja utama.
Untuk info, Mahalini pernah muncul membuat persembahkan sulung di Malaysia menerusi Mahalini Live in Kuala Lumpur selama dua hari di Zepp Kuala Lumpur dengan menampilkan Aisha Retno dan Leaism sebagai artis undangan— Arena Muzik