KUMPULAN Letto yang berasal dari negara republik, Indonesia bakal menemui peminat di Kuala Lumpur pada 12 Januari depan di Zepp Kuala Lumpur.
Kehadiran Letto kali ini menarik perhatian umum kerana bukan sahaja mereka yang hadir membuat persembahan, tetapi band itu turut bawa bersama kumpulan pemuzik gamelan bagi mengiringi persembahan mereka di konsert Letto 20th Anniversary Live In Kuala Lumpur
Kumpulan pop rock Indonesia itu terdiri daripada Noe (vokalis utama), Dhedot (drum), Arian (pemain bes) dan Patub (pemain gitar) terkenal dengan lagu popular mereka seperti Sandaran Hati, Ruang Rindu, Sebelum Cahaya dan Lubang Dihati.
Baca juga: 12 lagu bakal berentap di AJL38
Baca juga: Selena Gomez bakal lancar album baharu
Letto membuatkan peminat begitu teruja akan kehadiran mereka yang bakal mengembalikan nostalgia buat semua semenjak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2005.
Ditubuhkan sejak 2004 ini secara tidak langsung telah menjadi siulan ramai sejak album pertama mereka Truth, Cry and Lie pada 2005 dilancarkan sekali gus membuktikan hasil nukilan kumpulan Letto masih dianggap relevan dan diterima oleh masyarakat sehingga kini.
Jangan lepaskan peluang untuk membeli tiket bermula dari RM159 (Permintaan Hati), RM179 (Ruang Rindu), RM249 (Sebelum Cahaya), RM299 (Senyumanmu), RM4000 (VIP Box) serta RM150 (Meet & Greet) boleh didapati di www.ticket2u.com.my. — Arena Muzik