Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Lorde bakal lancar album baharu selepas 2 tahun

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 21, 2023
in Berita
0
7
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI yang terkenal dengan genre muzik pop rock, Lorde dijangka bakal muncul dengan buah tangan baharu tidak lama lagi.

Bintang yang dibesarkan di New Zealand dengan nama lengkap, Ella Marija Lani Yelich-O’Connor itu difahamkan kini sedang sibuk dengan proses pembikinan album setelah kali terakhir diterbitkan pada 2017.

Pelantun lagu Royals itu turut bakal memberikan nafas baharu pada beberapa karya dalam album baharunya itu nanti.

Berita gembira buat peminat Lorde itu dimaklumkan olehnya di Instagram.

“Saya berasa sungguh teruja dan perlu memberitahu anda semua bahawa saya akan membawa ‘keterujaan’ pada halwa telinga anda.

“Disebabkan itu, kita perlu membina stamina untuk ini (album),” kata Lorde.

Album terakhirnya bertajuk Solar Power yang diterbitkan pada 2021 berjaya mencuri hati peminat dan mendapat reaksi positif daripada pemerhati muzik antarabangsa.

Baca juga: 15 tahun dalam industri, Hyper Act hadiahkan peminat konsert Februari depan

Baca juga: M. Daud Kilau meninggal dunia akibat komplikasi penyakit

Pada bulan Ogos, beliau melancarkan dua lagu berentak rancak suntikan elemen muzik elektrik Silver Moon dan Invisible Ink di Festival Boardmasters di Cornwall, United Kingdom.

Menarik mengenai karyanya itu, Lord mengatakan tajuk lagu tersebut diambil daripada nama fail demo Antara tajuk lagu-lagu tersebut ialah Walaubagaimanapun, menurut Lorde ianya hanyalah nama fail demo di dalam komputernya.

Akan tetapi, pada bulan September, Lorde menulis di akaun Instagramnya, “Saya sedang bersedih dan tidak cuba untuk menyembunyikan kesakitan yang dialami serta mempercayainya bahawa terdapat keindahan seiring dengannya,”.

Kemungkinan ini menjadi tanda aras buat Lorde bahawa perjalanan kariernya boleh dikecapi melalui penat lelah dan usahanya sendiri serta tidak ‘give up’ untuk mencipta karya dan penyanyi yang terbaik.

Menariknya lagi, Solar Power telah tersenarai di tangga ke lima carta 200 Billboard dan menjadi nombor satu di Top Alternative Album Tally. — Arena Muzik

Tags: album baharuLorde
Previous Post

15 tahun dalam industri, Hyper Act hadiahkan peminat konsert Februari depan

Next Post

Mahalini luah ‘Sisa Rasa’ di Mega Star Arena Februari depan

Next Post

Mahalini luah 'Sisa Rasa' di Mega Star Arena Februari depan

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.