Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Raisa, Meerqeen ‘bercinta’ dalam Tak Berharap Lagi

Kamilia Ali by Kamilia Ali
December 18, 2023
in Berita
0
22
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI bersuara emas dari Indonesia, Raisa Adrianna melancarkan single baharu berjudul Tak Berharap Lagi yang pastinya akan menjadi kegilaan peminat yang gemarkan lagu berentak balada.

Single itu juga merupakan kolaborasi pertama ciptaan Raisa dengan Andmesh Kamaleng yang tentu sahaja terkenal dengan penghasilan lagu ‘cinta romantis’ sekalig gus membuka lembaran baharu dalam mewarnai perjalanan karier seninya.

Kehebatan Raisa turut dibuktikan terbukti apabila dia berjaya menggondol tiga anugerah di Anugerah Musik Indonesia (AMI) bagi kategori Karya Produksi Terbaik bersama Andi Rianto untuk lagu Bahasa Kalbu, Album Terbaik (Its Personal) dan Artis Solo Wanita Pop Terbaik untuk lagu Tentang Dirimu pada 2021.

Karya ciptaan lagu Tak Berharap Lagi hasil kolaborasi pertama Raisa Adrianna dan Andmesh Kalameng.

Penyanyi yang berumur 33 tahun itu mengakui bahawa single yang dihasilkan ini mempunyai makna yang tersendiri dan secara tidak langsung ianya projek pertama yang dihasilkan bersama Andmesh.

“Kolaborasi kali ini dapat menyempurnakan lagi penulisan lirik Tak Berharap Lagi meskipun tidak menampilkan Andmesh sebagai pasangan duet,” katanya.

Dalam pada itu, selaku komposer Andmesh, secara peribadi sudah ‘membayangkan’ Raisa akan menjadi ‘pelengkap’ kepada lagu itu.

Akuinya, suara dan pesona dimilik Raisa dianggap ‘cocok’ dengan lagu baharu itu.

“Karakter serta alunan suara Raisa memang sangat sesuai untuk lagu ini. Oleh itu, saya terus mengirimkan lagu ini kepada Raisa,” katanya memetik media antarabangsa, Kompas.com.

Baca juga: Ernie Zakri tidak teragak-agak tarik diri sertai SFMM38

Baca juga: Nike Ardilla, Melly Goeslow bersatu dalam Kembali Bertemu

Tak Berharap Lagi merupakan tajuk single baru Raisa.

Karya lagu Tak Berharap Lagi menceritakan tentang pasangan yang mengagungkan cinta tetapi, perasaan cinta antara pasangan itu semakin pudar dan hilang.

Ternyata, pasangan yang dianggap tepat sebagai belahan jiwa hanyalah satu ceritera dongeng yang mengaburi mata sehingga ‘buta’ dan tidak mampu menilai antara kaca dan permata.

Menarik mengenai lagu itu, video muzik lagu tersebut menampilkan aktor kacak Malaysia, Meerqeen yang memainkan peranan sebagai pasangan kepada Raisa dan secara tidak langsung melengkapkan penceriaan single tersebut.

Gandingan mantap kedua-dua bakal menjadi tarikan dan memberi gambaran tentang hubungan baik antara dua negara.

Tak Berharap Lagi boleh didengari menerusi platform penstriman digital antaranya Apple Music, Deezer, Langitmusik, Spotify, Tiktok Music, YouTube Music dan lain-lain lagi, manakala, video lirik pula boleh ditonton YouTube.

Sejak dilancar pada 15 Disember lalu, video muzik Tak Berharap Lagi sudah mendapat lebih 200,000 tontonan di YouTube. — Arena Muzik

Previous Post

Ibnor Riza meninggal dunia

Next Post

Selena Gomez bakal lancar album baharu

Next Post

Selena Gomez bakal lancar album baharu

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.