Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity di ZeppKL 26 Januari depan

Fadila Awaludin by Fadila Awaludin
December 12, 2023
in Berita
0
16
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN rock pujaan Malaya, Sweet Charity dijadualkan akan mengubat kerinduan peminat setelah lebih 13 tahun tidak muncul dengan persembahan berskala mega.

Disebabkan itu, mereka kembali menghangatkan pentas menerusi konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity yang akan diadakan pada 26 Januari 2024 di Zepp Kuala Lumpur (ZeppKL).

Acara yang dijadualkan berlangsung hampir tiga jam itu akan mempamerkan kehebatan vokal, Datuk Ramli Sarip selaku vokalis kumpulan tersebut.

Tidak keseorangan, Ramli turut akan ditemani olah ahli band lain antaranya Rahman Sarbani pemain dram, Rosli Mohalim (gitar) dan Ahmad Jaafar (keyboard dan vokalis kedua).

Ramli berkata, lamaran untuk Sweet Charity kembali ke Kuala Lumpur ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

“Konsert ini ada nilai sentimental kerana diadakan di Kuala Lumpur selepas kali terakhir kami beraksi di Stadium Merdeka pada 2011. 

Baca juga: Incubus kembali mendunia 27 April depan

Baca juga: Muzik orkestra hidupkan luahan galau Afgan

“Sweet Charity dikenali dengan persembahan live (langsung), jadi pemilihan lagu yang tepat adalah penting. Selain bernostalgia, jangkakan sebuah persembahan yang segar kerana kami memiliki lagu-lagu yang boleh diolah, dibuat susunan baharu, termasuk antara 15 lagu dalam senarai all-time favourite seperti Batu, Kamelia, Teratai dan Zakiah.

Mengulas mengenai pilihan nama konsert yang menggunakan kata Malaya, Ramli mempunyai alasan tersendiri, mengapa beliau memilih untuk menamakan Konsert Semalam di Malaya.

“Dan kenapa Semalam di Malaya? Judul yang nostalgia, zaman kami di Singapura, merentasi Johor menaiki bas, tanpa perlu pasport sebelum ada pemisahan negara. Banyak kenangan di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Ramli turut memberikan keyakinan bahawa konsert tersebut akan menampilkan perbezaan berbanding dua persembahan berskala besar yang masing-masing diadakan di Johor Bahru dan Singapura pada tahun ini.

Untuk rekod, konsert Semalam Di Malaya Lima Dekad Sweet Charity merupakan sebuah produksi Rasa Karya, bersama Mewah Event Management sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan tiket.

Tiket dijual pada harga RM180 (Batu, Free Standing), RM308 (Sejuta Wajah, Normal Seat), RM388 (Zakiah, Premium Seat) dan bermula pada harga RM15,000 bagi VIP Box boleh layari www.ilassotickets.com.my atau hubungi 011 1329 7822. — Arena Muzik

Tags: ramli saripSemalam di Malaya Lima Dekad Sweet CharityZEPPKL
Previous Post

Incubus kembali mendunia 27 April depan

Next Post

AG7 jadi tanda kemunculan semula Ariana Grande

Next Post

AG7 jadi tanda kemunculan semula Ariana Grande

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.