Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara
No Result
View All Result
Arena Muzik
No Result
View All Result

2 kali gagal dalam perkahwinan, Nash ingin wanita menua bersama

Arena Muzik by Arena Muzik
November 26, 2023
in Berita
0
13
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi Datuk Nash mengakui pengalaman dua kali melalui kegagalan perkahwinan membuatkannya lebih selektif memilih calon isteri sehingga terpaksa menamatkan hubungan dengan seseorang berikutan tiada keserasian, baru-baru ini.

Katanya, dia tidak pernah menutup pintu hati sepanjang 14 tahun menggalas status duda, namun enggan tergesa-gesa untuk kembali mendirikan rumah tangga kecuali selepas bertemu insan yang memahami kerjayanya.

“Pada usia ini saya nak cari peneman untuk melalui usia emas bersama-sama, cuma biarlah wanita itu nanti faham karier saya sebagai penyanyi dan menghormati antara satu sama lain.

“Sepanjang tempoh ini pun saya tak pernah menutup pintu hati malah sejujurnya saya pernah rapat dengan seorang kenalan lama tapi akhirnya saya sedar kami tiada keserasian.

“Bibit cemburu yang ditunjukkan ketika saya muncul dalam sebuah program televisyen menyebabkan saya tawar hati untuk meneruskan hubungan kami,” katanya.

Pemilik nama sebenar Nashrudin Elias, 64, itu berkata, timbul rasa kecewa terpaksa melepaskan wanita terbabit, tetapi percaya segala yang berlalu adalah atas ketentuan Allah.

Malah akui penyanyi Pada Syurga Di Wajahmu itu, kesibukan mengendalikan kerjaya nyanyian dan mengikuti program jemaah tabligh membuatkan hidupnya tidak pernah sunyi.

“Memang saya sedih dan kecewa, cuma kita kena jujur dengan diri sendiri supaya di hari kemudian tidak timbul penyesalan atau menyalahkan satu sama lain.

“Tiada jodoh, lagipun hidup saya yang mempunyai lapan cucu tak pernah sunyi kerana rumah saya sentiasa meriah dengan aktiviti bersama anak cucu selain masih aktif ambil tawaran persembahan.

“Kadangkala saya ikut jemaah tabligh ke luar daerah, tengok pada keadaan sekali gus semua itu buatkan waktu saya terisi,” ujarnya.

Menerusi perkahwinan dengan Hayati Mohd. Yusof pada 1996, mereka dikurniakan empat anak termasuk seorang anak angkat dan selepas berpisah, Nash mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Allahyarham Datuk Sosilawati.

Sementara itu, mengenai pelantikan sebagai duta Umrah I’tikaf Ramadan, kata vokalis Lefthanded itu, dia bakal menunaikan ibadah selama 40 hari di Tanah Suci sekali gus meraikan 1 Syawal di sana.

“Dua tahun lalu saya pernah menjalani ibadah puasa dan berhari raya di Mekah. Apabila diberi rezeki merasai nikmat beribadah di Tanah Suci sekali lagi, tentu saja saya sangat bersyukur,” katanya. – Kosmo!

Tags: Datuk NashPada Syurga Di Wajahmu
Previous Post

“Situasi saya dan pengurus lama agak complicated…”, Nadeera lantik pengurus baharu

Next Post

Amylea sah jadi isteri ‘abang’ bomba

Next Post

Amylea sah jadi isteri 'abang' bomba

Arena Muzik

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.

Navigate Site

  • Tentang kami
  • Iklan
  • Privasi Polisi & Keselamatan
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Utama
  • Berita
  • Rencana
  • Wawancara

© 2023 ARENAMUZIK - Destinasi Utama Muzik dalam Talian.