Kumpulan terkenal dunia, Coldplay yang selesai membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sempena menjayakan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour sempat mengucapakan terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kebenaran untuk menghiburkan peminat di Malaysia.
Vokalisnya, Chris Martin turut mengucapakan terima kasih kepada penonton yang hadir menggunakan kenderaan awam, kakitangan stadium, anggota keselamatan, pemandu bas, dan juga peminat yang sanggup bersusah payah untuk hadir ke konsert.
“Terima kasih kepada mereka yang datang menggunakan motosikal elektrik, terima kasih kepada kru yang hebat, terima kasih kepada anggota keselamatan, mereka yang datang ke sini menggunakan kereta api.
“Terima kasih polis, terima kasih kepada kerajaan kerana memberikan kebenaran untuk membuat persembahan di negara yang cantik ini, dan disebabkan itu kami membuat keputusan untuk membuat persembahan.
“Terima kasih kepada setiap seorang daripada kalian yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada konsert hari ini,” katanya sebaiknya persembahan hampir selesai.
https://www.instagram.com/p/Cz-ecK4B2wZ/
Dianggarkan lebih 20 buah lagu dipersembahkan oleh kumpulan tersebut antaranya Paradise, The Scientist, Yellow dan Viva La Vida.
Konsert dimulakan pada pukul 8 malam dengan menyaksikan persembahan Bunga sebagai bintang jemputan sementara Coldplay mendominasi pentas sejam kemudian. – Arena Muzik